Hainan Permudahkan Urusan Perniagaan Pelabur Asing

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 01 Ogos 2025
Hainan Permudahkan Urusan Perniagaan Pelabur Asing
Kontena dimuatkan dan dipunggah di pelabuhan Yangpu di Provinsi Hainan, selatan China. (People’s Daily Online/Fu Wuping)

Adakah sukar bagi pelabur asing untuk mendaftarkan perniagaan di Provinsi Hainan yang terletak di selatan China? Jawapannya, tidak langsung!

Pada tahun-tahun mutakhir ini, Hainan secara konsisten mempermudah pelabur asing untuk melabur dan membuat perniagaan dengan memperkemas prosedur dan pendokumenan yang diperlukan, sambil menambah baik kualiti perkhidmatan.

Dengan memanfaatkan teknologi, Hainan telah menjadikan sistem ‘e-Pendaftaran Hainan’ boleh diakses dari luar negara, sekali gus menyediakan lebih banyak kemudahan buat pelabur asing untuk menguruskan operasi perniagaan masing-masing.

Di Hainan, penduduk Hong Kong, Makau dan Taiwan yang mempunyai permit kembara tanah besar, warga asing yang mempunyai kad ID penduduk tetap China, warga China seberang laut dengan passport, serta penduduk Hong Kong, Makau dan Taiwan dengan permit tinggal boleh melengkapkan pendaftaran perniagaan secara dalam talian menerusi platform ‘e-Pendaftaran Hainan’ – tanpa memerlukan dokumen identiti tambahan.

Setakat penghujung Jun 2025, Hainan telah menempatkan sebanyak 10,604 syarikat pelaburan asing.

Video

Berita Berkaitan