Thailand Cadang Tubuh Pasukan Pemantau ASEAN

(CRI)Jumaat 01 Ogos 2025

Atase tentera negara-negara ASEAN berkampung di Thailand bagi menghadiri satu mesyuarat khas atas jemputan tentera negara itu pada Khamis.

Dalam mesyuarat tersebut, tentera Thailand telah membentangkan pelaksanaan gencatan senjata di sempadan dengan Kemboja dan mencadangkan penubuhan Pasukan Pemantau ASEAN.

Tentera Thailand turut menyatakan komitmen mereka untuk memelihara keamanan sejajar dengan undang-undang antarabangsa, mengelakkan sebarang bentuk kekerasan serta mendorong kestabilan serantau.

Video

Berita Berkaitan