Xi, Poudel Bertukar Ucapan Tahniah Sempena 70 Tahun Hubungan Diplomatik China-Nepal

(CRI)Sabtu 02 Ogos 2025

Presiden China Xi Jinping dan Presiden Nepal Ram Chandra Poudel saling bertukar ucapan tahniah pada Jumaat sempena ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Xi berkata tak kira bagaimana situasi antarabangsa berubah, China dan Nepal sentiasa saling menghormati, melayan satu sama lain secara sama rata dan menjalankan kerjasama yang saling menguntungkan.

Dua negara telah menjadi model hubungan baik antara negara besar dan kecil dengan sistem sosial yang berbeza.

Beliau menzahirkan kesediaan berusaha bersama Poudel untuk mengukuhkan pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang, mendorong hubungan China-Nepal membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat serta menyumbang kepada keamanan dan pembangunan serantau.

Sementara itu, Poudel menyifatkan China sebagai jiran dan rakan kongsi pembangunan yang boleh dipercayai bagi Nepal.

Beliau berkata Nepal berpegang teguh kepada prinsip satu China dan berhasrat terus memperkasa kolaborasi dalam pelbagai bidang, sekali gus merealisasikan visi bersama ke arah keamanan, kemajuan dan kemakmuran.

Video

Berita Berkaitan