- Lain-lain
China Pertahankan Pasaran Robot Industri Terbesar Selama 12 Tahun
China mencatatkan jualan robot industri sebanyak 302,000 set pada tahun 2024, sekali gus mempertahankan status sebagai pasaran robot industri terbesar di dunia selama 12 tahun berturut-turut, menurut sidang akhbar Persidangan Robot Dunia 2025 yang diadakan di sini pada Sabtu.
Menurut taklimat, jumlah permohonan paten robot di China mewakili 2/3 daripada jumlah keseluruhan di dunia pada tahun lalu.
Dalam pada itu, China kekal sebagai negara pengeluar robot terbesar di dunia. Antaranya jumlah pengeluaran robot industri meningkat daripada 33,000 set pada tahun 2015 kepada 556,000 set pada tahun 2024. Selain itu, jumlah pengeluaran robot perkhidmatan merekodkan 1,051.9 juta set pada 2024, menyaksikan peningkatan sebanyak 34.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Robot perkhidmatan kini digunakan secara meluas dalam sektor-sektor perkhidmatan rumah tangga, logistik gudang, perkhidmatan komersial, penjagaan warga tua dan orang kurang upaya, serta pemulihan perubatan.
- Terokai Hab Industri Pembuatan Robot di Shanghai
- China Anjurkan Perlawanan Bola Sepak Robot AI Pertama
- Teknologi Tinggi Dipamerkan Semasa Ekspo China-Asia Selatan ke-9 di Kunming
- Shanghai Anjur Pertandingan Kemahiran Robot Humanoid Antarabangsa 2025
- Anjing Robotik Kini Jadi Kebiasaan Dalam Kehidupan Harian Rakyat China
- Beijing Jadi Tuan Rumah Sukan Robot Manusia Pertama di Dunia
- Robot, Manusia Berluma dalam Separuh Maraton di Beijing
- Peranti ‘Robot Pembantu Berjalan’ Sasar Pasaran Warga Emas
- China Perkenal Robot Perlombongan Angkasa Lepas Pertama
- Robot Manusia China Ambil Alih Kerja Kilang, Rumah, Separa Maraton