Iran Tubuh Jawatankuasa Pertahanan Kebangsaan

(CRI)Isnin 04 Ogos 2025

Majlis Keselamatan Tertinggi Iran pada Ahad meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pertahanan Kebangsaan yang bertanggungjawab untuk menyemak rancangan pertahanan negara serta menumpukan usaha meningkatkan keupayaan tempur angkatan tentera.

Menurut laporan Agensi Berita Mehr Iran, Majlis Keselamatan Tertinggi Negara telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pertahanan berdasarkan Perkara 176 Perlembagaan Iran.

Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Presiden Masoud Pezeshkian, manakala anggotanya terdiri daripada ketua-ketua badan eksekutif, kehakiman dan perundangan serta komander tinggi angkatan tentera negara.

Video

Berita Berkaitan