170 Perusahaan Eropah Makmur di Daerah Teknologi Tinggi Kebangsaan Wuxi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 05 Ogos 2025

Juruteknik asing melawat pusat pengujian tenaga baharu di Kumpulan TLD di Wuxi, Provinsi Jiangsu, timur China. (Foto oleh Qian Zhengxian)

Juruteknik asing melawat pusat pengujian tenaga baharu di Kumpulan TLD di Wuxi, Provinsi Jiangsu, timur China. (Foto oleh Qian Zhengxian)

Daerah Teknologi Tinggi Kebangsaan Wuxi (WND) tersenarai sebagai antara hab Provinsi Jiangsu untuk perusahaan pelaburan asing di timur China. Ia menempatkan 170 perusahaan Eropah dari Jerman, Perancis, Poland, Belanda, dan Sweden, dengan pelaburan kumulatif pelaburan Eropah melangkaui EUR15 bilion (AS$17.14 bilion).

Dapatan kajian oleh People’s Daily pada mutakhir ini mendedahkan faktor-faktor utama di sebalik kejayaan perkongsian syarikat-syarikat Eropah di WND.

“Pada 20 tahun lalu, ketika eksekutif dari ibu pejabat di Jerman melawat China, industri automotif negara masih berada dalam fasa permulaan,” ujar Erich J. Koch, pengurus besar Syarikat Gaudlitz Precision Technology (Wuxi) (Gaudlitz Precision).

“Apa yang menarik perhatian kami adalah potensi yang sangat besar dalam pasaran China, dan pada 2004, ibu pejabat kami membuat keputusan strategik untuk melabur di China, iaitu pangkalan pengeluaran luar negara yang pertama kami,” ujar Koch.

Tambah beliau, sejak itu, industri automotif China telah menyaksikan pertumbuhan pesat, dengan angka kenderaan di atas jalan raya turut meningkat drastik.

“Pertimbangan kami adalah tepat. Keputusan untuk melabur di China telah terbukti sangat betul,” kata Koch.

Peralihan China dari skala automotif kepada kekuatan telah memperkukuh komitmen Gaudlitz Precision terhadap pasaran. Sejak penubuhannya, hasil tahunan syarikat pembuatan bahagian automotif ini telah bertumbuh daripada 5 peratus kepada 15 peratus, menjadikan ia sebagai pendahulu dalam segmen nic-nya.

Pada masa sama, WND telah menambah baik persekitaran perniagaan secara berterusan, menawarkan sokongan kuat dan penyelesaian yang praktikal bagi membantu perusahaan untuk bertumbuh dengan penuh keyakinan.

Rak pintar milik Schneider Electric. (Foto ihsan Daerah Teknologi Tinggi Kebangsaan Wuxi)

Rak pintar milik Schneider Electric. (Foto ihsan Daerah Teknologi Tinggi Kebangsaan Wuxi)

Bucher Hydraulics (Wuxi), sebuah anak syarikat Bucher Industries yang berpangkalan di Switzerland, telah berada di Wuxi sejak 2018. Difahamkan, mereka tertarik dengan potensi pasaran China yang luas dalam sektor seperti pembinaan pemesinan, pascapasaran automotif, dan pengurusan bahan.

“Sebahagian daripada dasar-dasar yang menyebelahi perniagaan di Wuxi adalah sangat memudahkan. Sebagai contoh, mengemaskini butiran pendaftaran perniagaan hanya memerlukan foto pemegang pasport, iaitu satu proses digital yang sepenuhnya menghapuskan keperluan untuk lawatan berulang kali. Keseluruhan proses boleh dilakukan secara dalam talian, membantu kami daripada kesukaran untuk berulang alik,” kata Reinhold Frank Muehlon, eksekutif di Bucher Hydraulics.

Zhang Xiaojun, pengurus besar Syarikat Hunting Energy Services (Wuxi), sebuah subsidiari firma teknologi yang berpangkalan di United Kingdom telah menekankan tentang peri penting perlindungan harta intelek untuk syarikat teknologi.

“Wuxi mempunyai suasana perniagaan bertaraf dunia dan berorientasikan perniagaan yang ditadbir oleg rangka kerja perundangan yang selamat. Kami mendapat perlindungan perundangan yang kuat dan kepercayaan untuk berinovasi,” ujarnya.

Zhang berkata, pihaknya benar-benar merasakan bahawa harta intelek dihormati dan dilindungi di Wuxi, serta menyifatkan ia sebagai tempat yang sihat untuk syarikat-syarikat berkembang.

Syarikat Perancis, TLD Group yang merupakan pendahulu global dalam peralatan sokongan di lapangan terbang, telah menubuhkan pangkalan pembuatannya di Wuxi pada 2008. Fasiliti itu kini telah berfungsi sebagai hab pengeluaran TLD Group yang utama di Asia Pasifik.

Wu Jianqiang, ketua pegawai operasi syarikat itu percaya bahawa ekosistem industri yang selamat daerah itu adalah faktor utama dalam pertumbuhan syarikatnya.

“China adalah penjana pengeluar terbesar di dunia, dengan sistem industri paling lengkap pada peringkat global. Kawasan Delta Sungai Yangtze secara khususnya mempunyai salah satu landskap pembuatan yang paling lengkap,” katanya.

Foto menunjukkan pusat perniagaan dan pusat pertukaran sains-teknologi di Daerah Teknologi Tinggi Kebangsaan Wuxi, Provinsi Jiangsu, di timur China. (Foto oleh Zhang Yuanyun)

Foto menunjukkan pusat perniagaan dan pusat pertukaran sains-teknologi di Daerah Teknologi Tinggi Kebangsaan Wuxi, Provinsi Jiangsu, di timur China. (Foto oleh Zhang Yuanyun)

Hari ini, WND mempunyai rangkaian industri yang komprehensif dan ekosistem perindustrian yang teguh, menarik keberadaan syarikat multinasional yang semakin banyak.

Pada Mac 2023, Schneider Electric melancarkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) China di Wuxi, pusat R&D kelima syarikat itu di China. Pada bulan November tahun yang sama, ia melakukan upacara pecah tanah di taman perindustrian pintar hijau di Wuxi, denga fasa pertama akan meliputi 68,000 meter persegi dan dijadualkan akan mula beroperasi pada penghujung 2025.

"Wuxi memacu pertumbuhan industri melalui inovasi teknologi, dengan tumpuan strategik pada teknologi sempadan seperti kecerdasan buatan dan industri baru muncul," kata Hu Xiao, naib presiden kanan Schneider Electric.

Beliau berkata, pihaknya sedang berusaha untuk membina hab berteknologi tinggi yang berpengaruh di peringkat global, sekali gus memberikan pihaknya peluang besar untuk berinovasi dan mengukuhkan keyakinan dalam pasaran China.

Untuk rekod, WND telah menyaksikan setiap industri tonggaknya, termasuk Internet Kebendaan, litar bersepadu, bioperubatan dan peralatan pintar, telah berjaya melepasi paras RMB100 bilion (AS$13.93 bilion). Keluaran berteknologi tinggi kini menyumbang lebih 80 peratus daripada jumlah keluaran industri perusahaan melebihi saiz yang ditetapkan di daerah itu.

Dalam tempoh tiga tahun, WND telah menyediakan dasar dan insentif sokongan bakat yang komprehensif kepada 35 perusahaan Eropah, yang memanfaatkan hampir 2,000 pekerja. Dengan asas perindustrian yang kukuh, ekosistem inovasi yang bertenaga, dan kumpulan bakat yang banyak, WND pantas menjadi kuasa inovasi.

Video

Berita Berkaitan