China, Myanmar Tandatangani Perjanjian Projek Dana Khas Kerjasama Lancang-Mekong 2025

(CRI)Rabu 06 Ogos 2025

Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Dana Khas Kerjasama Lancang-Mekong (LMCSF) 2025 telah diadakan di Naypyidaw, Myanmar pada Selasa.

Duta Besar China ke Myanmar, Ma Jia memaklumkan, sebanyak 14 projek kerjasama telah dimeterai memfokus kepada pembangunan pertanian, pemeliharaan persekitaran, sains dan teknologi, kebudayaan, pendidikan dan pencegahan bencana di Myanmar.

Katanya, China juga komited memperhebat kolaborasi dan memanfaatkan dana khas terbabit bagi mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib serta kesejahteraan rakyat di kedua-dua negara.

Menurut laporan, Myanmar telah menerima sokongan daripada dana tersebut bagi 132 projek sejak 2018, iaitu jumlah tertinggi dalam kalangan negara-negara di Lembah Sungai Mekong.

Video

Berita Berkaitan