Wang Yi Adakan Perbualan Telefon Bersama Penasihat Kanan Khas Presiden Brazil

(CRI)Khamis 07 Ogos 2025

China menyokong usaha Brazil membela kedaulatan negara dan maruah bangsa, memelihara hak dan kepentingan pembangunan sendiri, dan memperkukuh perpaduan dan kolaborasi Selatan Global menerusi mekanisme BRICS.

Demikian dinyatakan Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Wang Yi menerusi perbualan telefon dengan Penasihat Kanan Khas Presiden Brazil, Celso Amorim pada Rabu.

Wang berkata, China bersedia bersama Brazil, melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin negara kedua-dua negara, memperkukuh kerjasama bilateral, dan menangani faktor luaran yang tidak menentu dengan kolaborasi yang stabil dan saling melengkapi.

Sementara itu, Amorim pula menyatakan kesediaan Brazil melaksanakan persepakatan yang dicapai, memperkasakan kerjasama dalam perdagangan dan kewangan, di samping menghargai sokongan Beijing terhadap Brasilia yang menentang keras tarif tinggi dan campur tangan dari Washington.

Video

Berita Berkaitan