- Lain-lain
Tujuh Penyelidik Rangkul Anugerah Sains Masa Depan 2025
Pada Rabu, tujuh penyelidik telah dihadiahkan Anugerah Sains Masa Depan untuk 2025 dalam satu upacara di Beijing.
Memetik satu kenyataan laman rasmi Anugerah Sains Masa Depan, tiga ahli paleontologi iaitu Ji Qiang, Xu Xing, dan Zhou Zhonghe telah menerima hadiah dalam sains hayat terhadap penemuan mereka dalam bukti fosil, yang menyokong teori bahawa burung berevolusi daripada dinasour.
Fang Zhong, Dai Xi dan Ding Hong telah dihadiahkan anugerah dalam sains fizikal atas sumbangan terhadap jangkaan pengiraan dan pencapaian eksperimen bahan elektronik topologi.
Pemenang bagi anugerah dalam matematik dan sains komputer adalah Lu Chih-Yuan, yang telah dianugerahkan atas faktor inovasi dan kepimpinan dalam memajukan teknologi ingatan semikonduktor tak meruap, termasuk daya pemulihan data, penyepaduan peranti dan yang berkaitan dalam ketumpatan sel.
Untuk rekod, Anugerah Sains Masa Depan telah dianugerahkan kepada 46 individu sejak ia mula dianjurkan pada 2016. Badan penganugerahan sains China yang bukan kerajaan telah dimulakan oleh kumpulan saintis dan usahawan dengan objektif untuk memajukan penyelidikan dalam sains asas.
- 570 Syarikat China Catat Peruntukan Paling Tinggi kepada R&D
- Perbelanjaan R&D China bagi Tahun 2023 Lebihi RMB3 Trilion
- Ketua Saintis Teleskop FAST China Terima Anugerah Marcel Grossmann
- Xi Ucap Tahniah atas Operasinya Stesen Qinling China di Kutub Selatan
- Xuelong-2 Berjaya Belayar Melalui Gumpalan Ais
- China Ambil Langkah Baharu dalam Penyelidikan Asas
- Xi: Pergiat Penyelidikan Asas, Perkukuh Kemandirian Teknologi
- Peruntukan dalam R&D di China Melepasi RMB3 Trilion 2022