Lima Dekad Dalam Kerjasama Perdagangan dan Ekonomi dengan China, Bavaria Capai Hasil Memberangsangkan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 08 Ogos 2025

1.	Di pusat percubaan R&D di kilang baharu KraussMaffei, mesin bentuk suntikan berketepatan tinggi menjalani operasi percubaan.

Di pusat percubaan R&D di kilang baharu KraussMaffei, mesin bentuk suntikan berketepatan tinggi menjalani operasi percubaan.

Terletak di selatan Jerman, Bavaria merupakan negeri persekutuan terbesar dalam negara dari sudut kawasan dan wilayah yang ekonominya paling membangun. Dalam tempoh beberapa dekad lalu, Bavaria. telah mendakap kemajuan yang menakjubkan dalam kerjasama perdagangan dan ekonomi dengan Chiba.

China merupakan rakan dagangan terbesar Bavaria di seluruh dunia, dan merupakan pasaran luar negara yang paling penting. Ia menduduki tangga teratas sebagai pelabur utama Asia selama bertahun-tahun secara berturut-turut, dengan sekitar 500 syarikat China kini beroperasi di Bavaria. Manakala, terdapat lebih daripada 2,000 perusahaan dari Bavaria yang mengekalkan hubungan perniagaan dengan China.

Untuk rekod, Bavaria adalah rumah kepada sejumlah besar perbadanan multinasional Jerman dan juga pusat utama kepada industri farmaseutikal, kimia, elektronik dan automotif di Jerman dan Eropah.

Pada Januari 1975, Franz Josef Strauss, mantan pengerusi Persatuan Sosial Kristian Jerman dan bekas Presiden-Menteri Bavaria, telah mengadakan lawatan ke China atas jemputan. Beliau kemudiannya mengadakan beberapa lawatan lanjutan ke China, menyediakan kerja-kerja asas penting dalam pertukaran dan kerjasama antara Bavaria dan China dalam serata bidang politik, ekonomi dan sosial.

“Lawatan Strauss pada 50 tahun yang lalu adalah satu perintis. Beliau mengiktiraf potensi dan kepentingan masa depan China, meletakkan asas buat pembangunan yang terjamin dalam hubungan Bavaria-China,” ujar Presiden-Menteri Bavaria, Markus Soder.

“Mengenang kembali sejarah, pengajaran paling utama adalah perbezaan dalam sistem, ideologi serta taraf ekonomi dan pembangunan sosial bukan faktor untuk (sesuatu pihak) menolak kerjasama,” kata Qiu Xuejun, konsul jeneral China di Munich.

Juruteknik memasang dan menggunakan peralatan pengacuan suntikan besar di dalam bengkel di kilang baharu KraussMaffei. (People’s Daily/Liu Zhonghua)

Juruteknik memasang dan menggunakan peralatan pengacuan suntikan besar di dalam bengkel di kilang baharu KraussMaffei. (People’s Daily/Liu Zhonghua)

Sejak lawatan pertama Strauss ke China pada 1975, China dan Bavaria telah mengekalkan pertukaran yang rapat berasaskan manfaat bersama, kerjasama saling untuk dan hubungan antara rakyat yang kuat. Kolaborasi mereka telah membuahkan hasil, seterusnya menjadi model dan asas kepada hubungan China-Jerman.

Di pinggiran timur Munich di Parsdorf, fasiliti pembuatan terkini bersinar dengan sinaran mentari. Pejabatnya yang terang, kemas dan panel fotovolta solar atas bumbung yang boleh laras menjadikan ia satu wadan untuk industri moden. Ia adalah ibu pejabat baharu Kumpulan KraussMaffei, pengeluar pemesinan getah dan plastik berusia 187 tahun yang mempunyai sekitar 5,000 pekerja di serata dunia.

“Ibu pejabat baharu kami turut memberi perhatian terhadap isu ruang yang terhad dan perlatan yang semakin menua di tapak kami yang lama. Penjadualan pintar, logistik tanpa manusia dan sistem pembinaan cekap tenaga telah menambah baik kecekapan pengeluaran secara signifikan, sambil mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 62 peratus dan pembuangan sampah sebanyak 85 peratus, sekali gus meletakkan batu asas kepada industri hijau,” kata Zhang Chi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KraussMaffei.

Pada 2016, Perbadanan Kimia Kebangsaan China (ChemChina) berjaya mengambil alih KraussMaffei. Menurut laporan, sejak pengambilalihan tersebut, syarikat itu telah melalui transformasi struktur yang meluas, termasuk daripada perancangan strategik kepada pelaburan (R&D); daripada peningkatan barisan pengeluaran kepada pengembangan pasaran global. Kemajuan yang ketara telah dicapai dalam pembuatan hijau, operasi digital dan pembuatan bahan tambahan.

Zhang menyatakan bahawa sokongan ChemChina dalam menjelaskan strategi pembangunan, meningkatkan pelaburan R&D, menaik taraf kemudahan pengeluaran, memajukan teknologi dan meluaskan pasaran telah mempercepat transformasi dan pembangunan KraussMaffei.

Beliau berkata, inisiatif tersebut bukan sahaja menggalakkan pertumbuhan korporat, tetapi juga memberikan manfaat ketara untuk pembangunan ekonomi dan sosial tempatan, termasuk peningkatan pelaburan, keselamatan pekerjaan, peningkatan teknologi, kepelbagaian pasaran dan hasil cukai.

Bavaria berfungsi sebagai pangkalan pembuatan perindustrian yang penting di Eropah dan sempadan untuk kerjasama praktikal China-Jerman.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semakin banyak syarikat China telah wujud di Bavaria dalam industri baharu muncul seperti pembuatan pintar, mobiliti hijau dan tenaga baharu. Sementara itu, syarikat Jerman memanfaatkan skala dan momentum teknologi pasaran China untuk menaik taraf dan mengglobalisasikan operasi masing-masing.

3.	Imej ini memaparkan stesen tukar bateri yang dioperasikan oleh NIO China, iaitu syarikat kenderaan elektrik (EV) global terkemuka di Bavaria, Jerman. (Foto ihsan NIO)

3. Imej ini memaparkan stesen tukar bateri yang dioperasikan oleh NIO China, iaitu syarikat kenderaan elektrik (EV) global terkemuka di Bavaria, Jerman. (Foto ihsan NIO)

Baru-baru ini juga, NIO China, iaitu syarikat kenderaan elektrik (EV) global terkemuka, secara rasminya membuka stesen tukar bateri ke-20 di Jerman, dengan lima daripadanya terletak di Bavaria. Model mobiliti hijau inovatif tersebut telah menarik minat yang meluas daripada pembuat dasar dan perniagaan di Bavaria. Sebagai salah satu syarikat EV China terawal yang memasuki pasaran Bavaria, NIO menubuhkan pusat reka bentuk globalnya di Munich pada 2025, dan kini mempunyai 350 pekerja di situ.

“Dalam tempoh lima tahun lalu, pelaburan terus dari syarikat China di Bavaria telah terus meningkat. Sekitar 500 syarikat China kini beroperasi di sini, meliputi pelbagai sektor termasuk mobiliti, pendigitalan, tenaga, sains hayat dan bahan-bahan baharu,” kata Ulrike Hoffmann, pengarah pelaburan di Bavaria.

Jelas beliau, syarikat China menilai tinggi tenaga kerja berkualiti tinggi, rangkaian perusahaan kecil dan sederhana yang teguh, serta persekitaran pengangkutan dan perniagaan yang sangat baik, sekali gus menjadikan Bavaria tempat tumpuan bagi syarikat China yang ingin berkembang secara global.

Bavaria juga mengekalkan hubungan negara saudara atau provinsi saudara dengan tiga provinsi China - Shandong, Guangdong dan Sichuan, iaitu melebih daripada mana-mana negeri persekutuan Jerman yang lain. Perkongsian ini telah memupuk kerjasama antaranya dalam sains dan teknologi, pendidikan, perlindungan alam sekitar, serta budaya.

“Bavaria menganjurkan dialog perniagaan tahunan dengan China untuk menyediakan platform bagi komunikasi antara perusahaan dan kerajaan. Kami berharap dapat mengalu-alukan lebih ramai rakan kongsi China untuk melabur di Bavaria,” kata Hoffmann.

Video

Berita Berkaitan