UAE Lokasi Sesuai bagi Pertemuan Pemimpin Rusia, AS - Putin

(CRI)Jumaat 08 Ogos 2025

Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia dan Amerika Syarikat (AS) bersedia untuk mengadakan pertemuan antara pemimpin kedua-dua negara dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilihat sebagai salah satu lokasi yang sesuai.

Demikian dinyatakan Presiden Rusia, Vladimir Putin setelah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari UAE, Mohammed bin Zayed al-Nahyan pada Khamis.

"Rusia mempunyai ramai rakan yang bersedia membantu mengatur pertemuan tersebut, dan UAE adalah antara yang paling layak," kata Putin.

Dalam perkembangan lain, Pembantu Presiden Rusia, Yuri Ushakov memaklumkan pada hari sama bahawa kedua-dua negara telah bersetuju secara prinsip untuk mengadakan pertemuan antara Presiden Rusia dan Presiden AS dalam masa terdekat.

Video

Berita Berkaitan