- Lain-lain
Xi, Putin Berhubung Melalui Telefon
Presiden China, Xi Jinping seperti yang dijadualkan berhubung dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin melalui telefon pada Jumaat.
Xi dalam perbualan telefon itu telah membentangkan prinsip dan pendirian China, dan menunjukkan bahawa tidak ada penyelesaian yang mudah bagi masalah rumit. Di sebalik situasi semasa yang penuh dengan perubahan, China tetap berpegang pada pendirian yang konsisten untuk terus mendorong perdamaian dan rundingan, dan berbesar hati melihat Rusia dan Amerika Syarikat (AS) melakukan komunikasi untuk memperbaiki hubungan dua hala dan mendorong proses penyelesaian isu krisis Ukraine secara politik.
Sementara itu, Putin memaklumkan pandangan Rusia terhadap situasi semasa krisis Ukraine dan memperkenalkan perincian terkini dalam komunikasi antara negaranya dengan AS.
Putin menyatakan bahawa Perkongsian Koordinasi Strategik Komprehensif Rusia-China tidak akan berubah walau dalam keadaan apa pun. Rusia bersedia mengekalkan komunikasi yang erat dengan China.
- China, Rusia Perlu Suntik Momentum Baharu, Perkukuh SCO - Xi
- Wang Yi Rumus Hasil Lawatan Presiden Xi ke Rusia
- Xi Berangkat Pulang ke Tanah Air dari Moscow
- Tentera China Sertai Perbarisan Sempena 80 Tahun Kemenangan Perang Patriotik Agung di Moscow
- Xi Hadir Majlis Rai 80 Tahun Kemenangan Perang Patriotik Agung di Moscow
- Xi Hadir Majlis Rai 80 Tahun Kemenangan Perang Patriotik Agung di Moscow
- China, Rusia Tandatangan Dokumen Kerjasama Perfileman
- Xi, Putin Adakan Rundingan
- Xi, Putin Adakan Pertemuan Santai di Kremlin
- China, Rusia Perlu Kekalkan Penyelarasan Strategik Komprehensif - Xi