Loji Kuasa PV Bantu Jaga Ekologi Padang Pasir Taklimakan

(CRI)Selasa 12 Ogos 2025

Stesen jana kuasa fotovolta (PV) yang dibina di kaunti Qiemo, wilayah Xinjiang telah menjana elektrik melebihi 300 juta kilowatt jam (kWh) sejak beroperasi pada Mei 2023.

Terletak di tengah-tengah padang pasir Taklimakan, stesen jana kuasa itu meliputi kawasan seluas lebih 220 hektar dengan dilengkapi hampir 260,000 panel solar fotovoltaik.

Di samping itu, loji kuasa berkenaan juga memainkan peranan penting bagi mengukuhkan tanah pasir yang mudah bergerak.

Difahamkan, Medan Minyak Tarim kendalian PetroChina telah membina lima stesen jana kuasa PV di padang pasir Taklimakan dengan panel fotovoltaik meliputi 6,600 hektar tanah pasir.

Video

Berita Berkaitan