Kehadiran Produk Buluh Kaunti Zhongxian Semakin Kukuh Dalam Pasaran Malaysia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 12 Ogos 2025
Kehadiran Produk Buluh Kaunti Zhongxian Semakin Kukuh Dalam Pasaran Malaysia
Foto menunjukkan sebuah bengkel pengeluaran peralatan makan berasaskan buluh di Kaunti Zhongxian, Chongqing, barat daya China. (Foto/Xinhua)

Terletak di Chongqing, Kaunti Zhongxian dilihat terus mencatat kemajuan dalam inisiatif perindustrian “buluh ganti plastik”.

Menurut Jabatan Publisiti Zhongxian, peralatan makan gentian buluh, iaitu produk eksport utama kaunti itu, semakin mendapat tempat dalam pasaran Malaysia tahun ini.

Rangkaian produk yang merangkumi pinggan, garpu, pisau, penyepit, sudu dan cawan kini telah menembusi bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru, serta dipasarkan melalui 23 rangkaian pasar raya, sekali gus menguasai 15 peratus pasaran peralatan makan biodegradasi tempatan.

Dengan membangunkan rantaian industri yang lengkap, Zhongxian telah membangunkan lebih 100,000 mu (16,500 ekar) kawasan penanaman buluh. Menghasilkan 300 juta set produk gentian buluh setahun, dengan lebih 60 peratus daripadanya untuk eksport, kaunti ini kini muncul sebagai hab pengeluaran global utama bagi barangan buluh mesra alam.

Foto menunjukkan sebuah bengkel pengeluaran peralatan makan berasaskan buluh di Kaunti Zhongxian, Chongqing, barat daya China. (Foto/Xinhua)
Foto menunjukkan sebuah bengkel pengeluaran peralatan makan berasaskan buluh di Kaunti Zhongxian, Chongqing, barat daya China. (Foto/Xinhua)

Video

Berita Berkaitan