‘Kota Ajaib 8D’ Perkenal Monorel Comel Bertemakan Panda

Sebuah kereta api monorel bertemakan panda membuat penampilan sulungnya di Perbandaran Chongqing di barat daya China pada 18 Jun 2025. (Foto kepada Xinhua oleh Syarikat (Kumpulan) Transit Rel Chongqing)

Terkenal dengan jolokan ‘kota ajaib 8D’ China, perbandaran Chongqing telah memperkenalkan tarikan pelancong baharu dalam bentuk kereta api monorel jenis kerusi boleh pusing yang bertemakan panda.

Reka bentuk inovatifnya secara tidak langsung memaparkan landskap bandar Chongqing yang kompleks, sekali gus menyaksikan bagaimana bandar mega di pergunungan barat daya China itu mampu untuk mengubah transit rel bandar menjadi pengalaman kebudayaan.

Terletak di antara gunung-ganang dan dibahagikan oleh sungai, Chongqing mendapat nama 8D-nya berikutan kelebihannya melawan arus perancangan bandar tradisional menerusi infrastrukturnya yang menginspirasikan serta solusi pengangkutan inovatif, yang dijangka untuk dipertingkatkan lagi dengan adanya kereta api baharu itu.

Di sebuah pangkalan Syarikat (Kumpulan) Transit Rel Chongqing di Tongjiayuanzi, kereta api itu tidak perlu mengambil masa lama untuk menarik tumpuan melalui seni yang terpapar pada bahagian luarnya, iaitu kontour garisan hitam minimalis wajah panda pada kepala kereta api, selain turut mempunyai reka bentuk panda yang comel pada kedua-dua belah bahagian badan kereta api, disamping jendela panaroma yang besar.

Sebuah kereta api monorel bertemakan panda membuat penampilan sulu  ngnya di Perbandaran Chongqing di barat daya China pada 18 Jun 2025. (Foto kepada Xinhua oleh Syarikat (Kumpulan) Transit Rel Chongqing)

Di dalam kereta api, para penumpang diibaratkan seperti memasuki ‘dunia panda’. Setiap koc dilengkapkan dengan 12 kerusi kulit yang berbentuk panda, serta bingkai pengiklanan dan tempat pegang tergantung berbentuk kepala panda.

Sebuah plush figura panda bersaiz 1.5 meter turut ditempatkan pada tengah-tengah kereta api, yang menjadi tempat tumpuan utama untuk mengambil gambar, sementara almari cenderamata berbentuk panda pula memperlihatkan produk untuk dijual.

Difahamkan, bahagian siling kereta api pula menampilkan jendela langit yang penuh, sekali gus memberikan peluang kepada penumpang untuk melihat landskap bandar berlapis Chongqing yang unik.

Selain daripada kecomelan yang ketara, kereta api itu juga mempunyai pencahayaan pintar, jendela pintar, cermin kawalan suhu, peranti pembantu pendengaran magnetik dan keupayaan mengecas tanpa wayar.

Demikian menurut Zhang Yang, ketua pusat pembangunan teknologi Chongqing di bawah CRRC Changchun Rail Vehicle kepada Xinhua pada Jumaat, sambil memberitahu kereta api itu menggunakan teknologi jimat tenaga dan ringan seperti penyaman udara frekuensi boleh ubah pintar dan motor cengkaman magnet kekal, yang menambah baik daya maju ekonomi menerusi kitaran haya keseluruhan kenderaan, mengurangkan penggunaan tenaga pengoperasian, dan meningkatkan kecekapan sistem secara ketara.

Sebuah kereta api monorel bertemakan panda membuat penampilan sulungnya di Perbandaran Chongqing di barat daya China pada 18 Jun 2025. (Foto kepada Xinhua oleh Syarikat (Kumpulan) Transit Rel Chongqing)

Sebuah kereta api monorel bertemakan panda membuat penampilan sulungnya di Perbandaran Chongqing di barat daya China pada 18 Jun 2025. (Foto kepada Xinhua oleh Syarikat (Kumpulan) Transit Rel Chongqing)

Untuk rekod, kereta api adalah berasaskan platform teknologi monorel Chongqing generasi yang seterusnya, iaitu seiring dengan kemajuan sistem di bandar itu yang terkenal transit aliran ringan melintasi bangunan perumahan di Stesen Liziba.

Wang Ningning, timbalan pengurus besar eksekutif cawangan ke-3 Syarikat (Kumpulan) Transit Rel Chongqing berkata bahawa platform itu yang berfungsi sebagai asas teknologi dalam usaha transit rel Chongqing telahmenyepadukan data operasi selama 20 tahun dan memenuhi pelbagai keperluan monorel tunggal dan gandar dua, selain menawarkan penyelesaian tersuai berdasarkan kapasiti talian dan kos pembinaan.

“Ia mempelopori model penghantaran dwi ‘kereta api fizikal serta aset digital’. Ia dengan berkesan melengkapkan setiap kereta api dengan ‘kembar digital’, yang membolehkan pengurusan pintar sepanjang kitaran hayatnya daripada pembuatan hingga operasi,” jelas Wang.

Tambah beliau, kesemua teknologi tersebut membolehkan kereta api itu melayani laluan transit bandar dengan cekap serta lokasi tertentu seperti tarikan pelancong dan lapangan terbang.

Video

Berita Berkaitan