- Lain-lain
China Sokong Segala Usaha Damai Tamatkan Krisis
China menyokong segala usaha bagi menyelesaikan krisis secara damai dan pada masa sama gembira melihat Rusia dan Amerika Syarikat (AS) mengekalkan komunikasi, membaiki hubungan dua hala selain mendorong kepada proses penyelesaian politik krisis Ukraine.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata demikian ketika diminta mengulas pertemuan pemimpin Rusia-AS, pada sidang media di Beijing pada Selasa.
Presiden AS Donald Trump dijadual akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin pada 15 Ogos, membincangkan isu Ukraine. Bagaimanapun pertemuan tersebut tidak akan disertai oleh Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy dan wakil-wakil Kesatuan Eropah (EU).
Lin berkata, China berharap semua pihak berkaitan dan berkepentingan dapat menyertai proses rundingan damai pada masa yang sesuai, bagi memuktamadkan perjanjian yang adil, berkekalan, mempunyai kuasa ikat di sisi undang-undang, dan diterima oleh semua pihak secepat mungkin.
- Xi Utus Surat kepada Persidangan Belia Dunia untuk Kedamaian
- Jalan Menuju ke Kedamaian di Bawah Kaki Kita, Kekerasan Takkan Bawa Keamanan Sebenar - Wang Yi
- China Alu-alukan Lebih Banyak Negara Sertai IOMed
- Wang Yi akan Hadir Majlis Menandatangani Konvensyen Penubuhan Institut Mediasi Antarabangsa
- China Bertindak Sebagai ‘Pemboleh’, Bentuk Kestabilan Global
- Setiausaha Agung PBB Seru Dunia Bekerjasama Wujudkan Permulaan Baharu
- Tinjauan CGTN: Diplomasi China Suntik Kestabilan Buat Dunia
- Guterres Gesa Keamanan Wujud di Kawasan Berkonflik
- Bina Bumi Keluarga Besar yang Harmoni: Xi
- Presiden Xi Akan Hadir Persidangan Sambutan Ulang Tahun Ke-70 Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai