- Lain-lain
Pertandingan “AI+E-Dagang Rentas Sempadan” Dibuka (2)
Pertandingan inovasi “AI+E-Dagang Rentas Sempadan” 2025 kini dibuka secara rasminya untuk pendaftaran peserta.
Dilancarkan di Nanning, Guangxi sebagai komponen program "AI for All: China-ASEAN", acara yang memfokuskan perdagangan digital China-ASEAN ini menarik ramai peserta yang ingin menonjolkan idea-idea inovatif mereka berkaitan e-dagang rentas sempadan berbantu AI.
Difahamkan, pertandingan ini memberikan penekanan kepada inisiatif-inisiatif berorientasikan ASEAN dengan keutamaan terhadap peluasan import produk ASEAN, pembangunan bakat e-dagang dan juga kolaborasi pendidikan berteraskan industri dengan negara-negara ASEAN. Antara matlamatnya termasuklah memupuk dan mencungkil kemampuan syarikat baru muncul yang menyasarkan pasaran ASEAN.
Dengan menumpukan pemerkasaan AI serta penggunaannya secara berskala kecil dan mendalam, pertandingan yang berpandukan pengaplikasian industri ini juga bertujuan mengikhtiarkan penyelesaian kepada masalah-masalah praktik dalam rantaian e-dagang rentas sempadan. Selain itu, ia juga akan meneroka dan mengembangkan lagi penggunaan teknologi AI dalam pemilihan dan penentuan harga produk, pemasaran bersasaran, perkhidmatan pengguna pintar, logistik pintar, pematuhan, serta pencegahan dan kawalan risiko.
Melalui mekanisme seperti sokongan sumber dan khidmat pelaksanaan projek, acara diharap dapat membawa kepada hasil-hasil praktik di samping melahirkan ekosistem yang baik untuk perkembangan daya digital.
- Kedai Buku di Tepi Tebing Di Guangxi Pikat Pelancong
- Bot Bertemakan Kucing Tawar Pengalaman Penuh Keseronokan Buat Pelancong di Guilin
- Pohon Cendekiawan Cina Masuki Musim Untuk Dipetik di Guangxi
- “Liga Super AI”: Mengapa Guangxi yang Teraju Usaha?
- Pertandingan “AI for All: China-ASEAN” Umum Topik Cabaran Utama
- Pertandingan “AI for All” di Guangxi Buka Penyertaan
- Robot AI Digunakan untuk Menuai
- Indahnya kesan Tyndall, hasil ‘jendela langit’ Gunung Jinzhong
- Kemajuan Desa Dipacu AI, Tema Sidang Anjuran Guangxi
- Foto: Kereta Sedia untuk Eksport di Pelabuhan Qinzhou, Guangxi