- Lain-lain
Sektor Penghantaran Ekspres China Kekalkan Pertumbuhan Teguh 7 Bulan Pertama 2025
Foto yang diambil menggunakan dron pada 11 Julai 2025 memaparkan pemandangan bahagian dalam di sebuah pusat pemindahan logistik di Kaunti Hengfeng, Bandar Shangrao, Provinsi Jiangxi di timur China. (Xinhua/Liu Jinhai)
Agensi berita Xinhua dalam laporannya pada Khamis yang memetik data rasmi memaklumkan bahawa sektor penghantaran ekspres China mengendalikan sejumlah 112.05 bilion bungkusan pada tujuh bulan pertama 2025, iaitu peningkatan tahunan sebanyak 18.7 peratus.
Menurut Biro Pos Negara, industri pos China mengendalikan 122.3 bilion bungkusan dalam tempoh tersebut, iaitu mewakili kenaikan dari tahun ke tahun sebanyak 16.2 peratus.
Dari tempoh Januari hingga Julai tahun ini, pulangan perniagaan industri pos direkodkan hampir RMB1.02 trilion (sekitar AS$142.98 bilion), iaitu meningkat 8.3 peratus berbanding tahun terdahulu. Secara lebih spesifik, hasil penghantaran ekspres adalah sebanyak RMB839.42 bilion, melonjak 9.9 peratus.
Penghantaran ekspres dalam bandar yang sama pula mencatatkan 9.26 bilion bungkusan dalam tempoh tersebut, menaik 6.5 peratus dari tahun ke tahun, manakala penghantara antara bandar meningkat 19.9 peratus kepada 100.43 bilion bungkusan.
- Hantaran Kargo Dikendali Rel China Catat 1.641 Bilion Tan
- Industri Penghantaran Segera di China Berkembang Pesat
- TBC: Hantaran Kargo Rel Catat Lebih 75 Juta Tan
- Volum Penghantaran Ekspres Berkembang Pesat Pada 2024
- China Railway Pecah Rekod Hantaran Penumpang
- Penghantaran Bungkusan China Lepasi Angka 120 Bilion
- Jumlah Hantaran Perkhidmatan Kurier China Cecah 120 Bilion
- Hantaran Ekspres Sempena Pesta "11.11" Cecah 639 Juta
- Volum Kiriman Ekspres China 2023 Lepasi Angka 100 bilion
- Cuti Pesta Kuih Bulan: 1.7 Bilion Bungkusan Ekspres Dikendalikan