Unilever Lancar Pangkalan Pengeluaran Makanan Semua Kategori Pertama di China

Unilever Lancar Pangkalan Pengeluaran Makanan Semua Kategori Pertama di China
Tetamu menghadiri upacara perasmian Pusat Logistik dan Kilang Makanan Guangzhou Unilever di Guangzhou, Provinsi Guangdong di selatan China, pada 15 Ogos 2025. (Xinhua)

Syarikat gergasi barangan pengguna yang berpangkalan di London, Unilever pada Jumaat lalu memulakan operasi pangkalan pengeluaran makanan semua kategorinya di China, sekali gus menandakan satu peristiwa penting dalam usahanya untuk memajukan penyepaduan rantai bekalan dan pembuatan pintar di dalam negara.

Terletak di Provinsi Guangdong, selatan China, fasiliti tersebut itu direka untuk menambah baik keupayaan pengoperasian Unilever di selatan China, dan memperkuat jaringan rantai bekalan dalam pasaran China.

Sebuah taman logistik turut dibuka di pangkalan baharu itu, yang berfungsi sebagai hab utama dalam pengagihan rentas wilayah dalam perniagaan makanan Unilever.

Difahamkan, gudangnya mempunyai ketumpatan penyimpanan sekitar lebih daripada 70 peratus berbanding gudang biasa, manakala kapasiti penghantaran dan menerima pula melonjak sebanyak 60 peratus.

“Pelancaran pangkalan baharu menjadikan kami lebih yakin terhadap pertumbuhan masa depan kami,” ujar Joyce Zhou, pengurus besar Unilever Foods North Asia, sambil menambah bahawa syarikat itu akan berusaha menuju ke arah pengeluaran hijau untuk melonjakkan lagi nilai dan kapasiti.

Sebagai salah satu syarikat barangan pengguna terbesar di dunia, Unilever mengoperasikan sebuah ibu pejabat serantau dan pusat R&D global di Shanghai, bersama-sama dengan lapan pangkalan pengeluaran utama dan pusat logistik di serata China.

Video

Berita Berkaitan