Rakyat Israel Protes Tuntut Kerajaan Tamatkan Perang di Gaza

(CRI)Isnin 18 Ogos 2025
Rakyat Israel Protes Tuntut Kerajaan Tamatkan Perang di Gaza

Sebilangan besar penduduk Israel menyertai demonstrasi jalanan pada Ahad sebagai protes terhadap kegagalan pentadbiran Tel Aviv dalam mencapai perjanjian pembebasan tahanan.

Penunjuk perasaan menuntut agar kerajaan Israel segera menghentikan peperangan di Semenanjung Gaza.

Demonstrasi berkenaan turut diadakan berdekatan kawasan kediaman anggota kabinet Israel sehingga menyebabkan penutupan beberapa jalan.

Video

Berita Berkaitan