- Lain-lain
Liupanshui Manfaatkan Aset Semula Jadi Budaya untuk Dorong Pelancongan Kediaman
Foto pemandangan sudut udara Peranginan Pelancong Kebangsaan Yeyuhai di Liupanshui, Provinsi Guizhou, barat daya China. (People’s Daily Online/Tu Min)
Terletak di jauh pedalaman Gunung Mengshan di bandar Liupanshui di Provinsi Guizhou, barat daya China, Peranginan Pelancong Kebangsaan Yeyuhai menyediakan tempat mencari ketenangan yang dingin di kala cuaca panas melanda di seluruh negara.
Yao, seorang pemandu kenderaan rekreasi yang telah tanpa sengaja melalui peranginan itu, telah teruja dengan pemandangan indah dan iklim segar yang tersaji.
Ketika berkongsi pengalamannya dengan penuh keterujaan, Yao yang merupakan pengembara dari Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China berkata bahawa dia dengan segera mendirikan sengkuapnya, kemudiannya menikmati persekitaran tenang peranginan itu.
Dengan keunikan semula jadi yang begitu menakjubkan di perangan itu, perhentian yang disifatkan sebagai tidak sengaja, kini telah menjadi satu destinasi untuk dituju.
Penduduk etnik Yi mengalu-alukan pelancong dengan menjemput mereka untuk meneguk wain beras di Peranginan Pelancong Kebangsaan Yeyuhai di Liupanshui, Provinsi Guizhou, barat daya China. (People’s Daily Online/Tu Min)
Peranginan itu menawarkan tiga tarikan utama iaitu pangkalan sukan luar dataran Yejipin, taman hutan kebangsaan Yushe, dan pekan peranginan etnik Yi Haiping.
Pada tahun-tahun mutakhir ini, ia telah memanfaatkan iklim dinginnya, pemandangan menakjubkan, serta warisan etnik, untuk memperkenalkan pengalaman pelancongan yang mengasyikkan dan baharu.
Menurut Hu Chenyi, timbalan pengurus besar Syarikat Kumpulan Guizhou Shuicheng Cultural Tourism, bagi memperdalam penglibatan budaya dalam kalangan pengunjung, peranginan tersebut telah melancarkan pesta ‘musim obor’ yang berlangsung selama sebulan pada tahun ini, khusus untuk mengalih pelancong menuju ke pelancongan kediaman berbanding dengan bersiar-siar seperti biasa
Pada kemuncak musim panas, peranginan itu mengalu-alukan lebih daripada 30,000 kedatangan pelancong setiap hari.
Di situ, pelancong boleh merasai sendiri keramahan penduduk etnik Yi, yang menyambut mereka dengan secawan wain beras buatan sendiri, merasai hidangan tempatan asli, menaiki tren monorel persiaran mahupun menikmati luncur udara.
Kepopularan peranginan tersebut yang kian meningkat secara tidak langsung mencerminkan usaha gigih Liupanshui untuk beralih daripada tempat pelancong yang seketika kepada pelancongan kediaman.
Foto menunjukkan tren monorel persiaran di Peranginan Pelancong Kebangsaan Yeyuhai di Liupanshui, Provinsi Guizhou di barat daya China. (People’s Daily Online/Tu Min)
Terkenal sebagai ‘Bandar Dingin China’, Liupanshui diberkati dengan suhu musim panas nan segar dan musim sejuk yang diiringi salju. Ia turut mempunyai gaung, hutan, gua karst dan air terjun yang banyak, sementara 48 kumpulan etnik menyumbang kepada warna-warni yang kaya dalam tradisi unik dan warisan budaya tidak ketara. Gabungan iklim, ekologi dan budaya telah membentuk asas kepada industri pelancongan kediaman di bandar itu.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Liupanshui telah bekerjasama untuk menyepadukan pelancongan kediaman dengan sektor lain sambil menjadi tuan rumah untuk acara-acara istimewa seperti Maraton Liupanshui dan pertandingan ski, yang sekali gus mendorong lagi kepada pertumbuhan sektor pelancongannya.
Seorang pelancong menikmati luncur udara di Peranginan Pelancong Kebangsaan Yeyuhai di Liupanshui di Provinsi Guizhou, barat daya China. (People’s Daily Online/Tu Min)
Foto menunjukkan para pelancong di Peranginan Pelancong Kebangsaan Yeyuhai di Liupanshui di Provinsi Guizhou, barat daya China. (People’s Daily Online/Tu Min)
- China Aktifkan Amaran Banjir di Guizhou
- Nikmati Air Terjun Nan Menawan di Guizhou
- Selami Kampung Dong di Guizhou
- Seronok! Pelajar Antarabangsa Sertai Festival Budaya Universiti Guizhou
- Kawasan Pergunungan di Guizhou Jadi Kilang Super Matcha
- Lebuh Raya Guiyang-Pintang, Guizhou Sedang Dibina
- Sawah Padi Berteres Jadi Pentas Peragaan Fesyen di Guizhou
- Pertunjukan Fesyen Kampung Guizhou Bawa Sinar Pakaian Etnik ke Pentas Dunia
- Gala Kampung Hidupkan Kemeriahan Musim Bunga di Pekan Guancang
- Hidangan Nasi Tradisional Gembirakan Pengunjung di Guizhou