Pendirian China dalam Krisis Ukraine Konsisten: MFA

(CRI)Rabu 20 Ogos 2025

Kementerian Luar (MFA) China mengulangi bahawa pendirian Beijing dalam krisis Ukraine adalah jelas dan konsisten.

Jurucakapnya, Mao Ning berkata China akan mengambil kira kehendak semua pihak yang terbabit serta bersama-sama komuniti antarabangsa untuk memainkan peranan konstruktif dalam penyelesaian krisis berkenaan menerusi pendekatan politik.

Selain mengeluarkan dokumen mengenai pendirian China, Mao berkata pentadbiran Beijing juga menghantar wakil khas untuk melakukan beberapa pusingan diplomasi ulang-alik (shuttle diplomacy) dan melancarkan Kumpulan Rakan demi Kedamaian berkaitan krisis Ukraine di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Video

Berita Berkaitan