Pembaharuan Keinstitusian Pacu Pertumbuhan FTZ Shanghai

Imej yang bertarikh 6 Julai 2025 ini memperlihatkan terminal kontena di pelabuhan air dalam Yangshan di Shanghai. (Foto oleh Ji Haixin)

Imej yang bertarikh 6 Julai 2025 ini memperlihatkan terminal kontena di pelabuhan air dalam Yangshan di Shanghai. (Foto oleh Ji Haixin)

Di Terminal Nangang yang terletak di tenggara Shanghai, kapal ro-ro berlabuh di dok, sekumpulan kenderaan elektrik yang sedang menanti untuk dieksport, dibawa masuk ke dalam kapal menggunakan model ‘pelepasan kastam terus barisan pertama’.

“Menerusi model tersebut, syarikat-syarikat dikecualikan daripada perisytiharan kastam. Dengan satu perisytiharan secara kendiri, barangan boleh bergerak masuk dan keluar di Zon Perdagangan Bebas (FTZ) Yangshan, sekali gus meningkatkan kecekapan pelepasan (kastam) dengan signifikan,” jelas wakil daripada Kastam Yangshan di bawah Kastam Shanghai.

Seiring dengan usaha FTZ Rintis (Shanghai) China untuk mencapai matlamat bagi menjadi hab perkapalan global, ia telah memperhalusi model penggabungan pelbagai negaranya. Kargo yang tiba dari luar negara, transit melalui Yangshan, dan menuju ke negara ketiga, akan dikecualikan daripada pemeriksaan, seterusnya meningkatkan masa pengendalian sebanyak 50 peratus.

Pembaharuan tersebut telah mendorong perkadaran transit antarabangsa dan kargo yang digabungkan di Pelabuhan Yangshan daripada 12.6 peratus kepada 18.6 peratus, secara langsung melonjakkan ia ke puncak ranking dalam prestasi pelabuhan kontena global. Pada separuh pertama tahun ini sahaja, dianggarkan sekitar 52,000 kenderaan di dalam bon telah dieksport menerusi penggabungan, mengurangkan kos logistik secara drastik.

Pada tahun-tahun mutakhir ini, FTZ Shanghai telah menerajui inovasi keinstitusian, menerokai laluan baharu dan mencapai kejayaan ‘sifar ke satu’ untuk mengembangkan pembukaan keinstitusian dengan stabil, seterusnya mewujudkan apa yang disebut sebagai ‘pengalaman FTZ Shanghai’.

Sebanyak 77 langkah perintis yang telah diuji di Shanghai akan dipromosi di serata negara tidak lama lagi, yang memperluaskan manfaat inovasi keinstitusian dalam landskap yang lebih luas.

Imej yang bertarikh 21 Mei 2025 ini memaparkan FTZ Kawasan Istimewa Lin-gang China (Shanghai). (Foto oleh Zhang Mingwei)

Imej yang bertarikh 21 Mei 2025 ini memaparkan FTZ Kawasan Istimewa Lin-gang China (Shanghai). (Foto oleh Zhang Mingwei)

Di sebalik kemudahan perdagangan, Shanghai juga telah menjadi peneraju dalam memformulakan undang-undang perdagangan digital berpiawaian tinggi. Bandar itu sedang mempromosi aliran data rentas sempadan yang terkawal, memajukan pengaplikasian teknologi digital, dan mengembangkan perkongsian dan keterbukaan data.

Di Shanghai Data Exchange di Kawasan Baharu Pudong, produk berbentuk data yang tidak boleh dilihat dan tidak ketara dilihat mendominasi perbincangan korporat. Usaha untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat dalam transaksi data yang cekap dan tepat adalah satu kebimbangan mendesak.

Li Denggao, timbalan pengurus besar Shanghai Data Exchange memberitahu bahawa pihaknya telah mewujudkan rangka kerja perdagangan data rentas sempadan, membangunkan mekanisme penghantaran yang boleh dipercayai dan memperkenal undang-undang perdagangan – menyediakan asas kukuh dalam pasaran. Pada separuh pertama tahun ini, Shanghai Data Exchange telah merekodkan volum transaksi yang melangkaui RMB3 bilion (AS$417.39 juta), kenaikan dari tahun ke tahun sebanyak lebih daripada 50 peratus.

Aliran data rentas sempadan yang cekap dan selamat adalah penting dalam pengoperasian syarikat antarabangsa.

Di Pusat Perkhidmatan Data Rentas Sempadan Kawasan Istimewa Lin-gang di FTZ rintis Shanghai, garis panduan operasi masa nyata dipaparkan pada skrin elektronik, dikhususkan kepada senario industri yang tertentu. Misalnya di sektor kenderaan yang terhubung kecerdasan, garis panduan akan meliputi; pembuatan dan pengeluaran rentas sempadan, ujian pembangunan dan penyelidikan global, perkhidmatan pasca-jualan global, serta perdagangan kereta terpakai global.

“Sebelum ini, aliran data rentas sempadan diurus mengikut perspektif industri yang luas – yang tidak cukup menyasarkan untuk perusahaan,” ujar Lu Sen, ketua bahagian data Jawatankuasa Pentadbiran Kawasan Istimewa Lin-gang.

Tambah beliau, pihaknya telah mengenal pasti bidang data spesifik yang memerlukan pemindahan rentas sempadan, seterusnya menyusun senarai terperinci dengan pihak berautoriti untuk menangani cabaran sebenar yang dihadapi oleh pihak perusahaan.

Pada Februari tahun ini, pihak jawatankuasa pentadbiran Kawasan Istimewa Lin-gang, bersama-sama dengan Pentadbiran Ruang Siber Shanghai dan jabatan-jabatan lain, telah mengeluarkan senarai negatif untuk eksport data di FTZ Shanghai. Pada Mei, ia disusuli dengan garis panduan pengoperasian yang terperinci untuk eksport tersebut.

Sebuah kapal persiaran antarabangsa tiba di Terminal Persiaran Antarabangsa Wusongkou di Shanghai pada 2 Ogos 2025. (Foto oleh Ji Haixin)

Sebuah kapal persiaran antarabangsa tiba di Terminal Persiaran Antarabangsa Wusongkou di Shanghai pada 2 Ogos 2025. (Foto oleh Ji Haixin)

Inovasi kewangan juga telah menjadi simbol bagi FTZ Shanghai. Daripada syarikat pengurusan harta usaha sama pegangan asing China yang pertama dan dana awam milik asing sepenuhnya yang pertama, kepada membina pusat perdagangan gas dan minyak antarabangsa, melaksanakan peruntukan RMB rentas sempadan untuk minyak mentah antarabangsa dalam mata wang digital, dan menerajui undang-undang yang dipermudah terhadap pemerolehan pinjaman dan penyatuan bukan pemastautin, FTZ itu telah berjaya mencapai ‘pertama’ yang banyak dalam pembukaan ekonomi.

Kejayaan-kejayaan baharu telah disusuli dengan pembaharuan yang mendalam, termasuk pengoptimuman penggemblengan tunai rentas sempadan untuk perbadanan multinasional, memajukan pengantarabangsaan servis pembayaran, dan secara berterusan menambah baik sistem akaun perdagangan bebas.

Dengan pelancongan masuk dan beli-belah di China terus meledak, menambah baik kemudahan pembayaran untuk pelawat asing telah menjadi satu fokus baharu.

Memanfaatkan peranan FTZ sebagai medan ujian, Ant International iaitu anak syarikat di bawah Kumpulan Alibaba China, telah memperkenal dua perkhidmatan baharu. Pertamanya, ia telah membolehkan kad bank luar negara untuk dihubungkan dengan Alipay, iaitu platform pembayaran bimbit terkemuka China, dan keduanya membenarkan e-dompet untuk digunakan secara terus di China.

Daripada memuat turun aplikasi dan menghubungkan kad bank antarabangsa, kepada mengimbas dan membayar secara terus dengan e-dompet antarabangsa, pelancong masuk kini menikmati kemudahan pembayaran yang lebih besar.

Meng Huating, pengarah jabatan pelabuhan perdagangan bebas dan FTZ Kementerian Perdagangan China berkata bahawa kementerian itu akan terus bekerjasama dengan jabatan berkaitan untuk menyokong ketempatan dalam mengadaptasi dan mencontohi ‘pengalaman FTZ Shanghai’ dalam keadaan setempat, kekuatan industri dan kedudukan strategik. 

Video

Berita Berkaitan