Buah-buahan China Semakin Popular di Negara SCO

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 22 Ogos 2025

Di Astana, ibu kota Kazakhstan, seorang pengguna tempatan sedang membeli buah-buahan China. (People’s Daily Edisi Luar Negara/Lin Zihan)

Di Astana, ibu kota Kazakhstan, seorang pengguna tempatan sedang membeli buah-buahan China. (People’s Daily Edisi Luar Negara/Lin Zihan)

Di Tashkent, ibu kota Uzbekistan, Aygul Sadikova gemar untuk ke pasar raya bagi membeli buah-buahan selepas tamat waktu kerja. Buah kiwi dari China merupakan kegemarannya.

“Kali pertama saya mencubanya, saya tertarik dengan rasanya. Buah-buahan China telah menjadi kesukaan buat saya dan sekeluarga,” ujarnya.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerjasama produk pertanian dalam kalangan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) telah diperdalam secara berperingkat-peringkat, dan ‘interaksi dua hala’ tersebut masih berlanjutan sehingga kini. Dengan prestasi berharga tinggi dan bekalan yang stabil, buah-buahan China telah perlahan-lahan menawan hati pengguna dalam kalangan negara-negara SCO.

Pada tahun ini, 30,000 tan buah-buahan dari Provinsi Shaanxi di barat laut China seperti pir, kiwi dan epal akan dieksport ke negara-negara SCO dan wilayah-wilayah lain. Manakala, pada 2024, China mengimport produk pertanian bernilai AS$13.66 dari negara anggota SCO lain, dengan pertumbuhan tahunan secara purata 13.3 peratus sejak 2001.

Pengguna China kini dengan mudah kini boleh mengakses buah dari negara-negara SCO di pasar raya mahupun melalui platform dalam talian.

Video

Berita Berkaitan