Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 19 Ogos 2025

Dunhuang, yang terletak di Provinsi Gansu, barat laut China, merupakan hab penting untuk Jalan Sutera purba pada suatu ketika dahulu.

Selama lebih 2,000 tahun, ia kekal berakar umbi dalam budaya China tradisional, dan pada masa sama, ia mendakapi serta menyepadukan kejayaan-kejayaan budaya dari kumpulan etnik dan wilayah lain, sekali gus meningkatkan keunikan legasi budaya yang dikenali sebagai budaya Dunhuang.

Semasa berlangsungnya Mesyuarat Pembangunan dan Pewarisan Budaya pada 2023, Presiden Xi Jinping telah memberi penekanan bahawa perbezaan peradaban China adalah terletak pada keterangkumannya. Warisan budaya Dunhuang, yang boleh dilihat antaranya menerusi groto dan manuskrip purba dari Gua Perpustakaan, telah mencerminkan kewujudan bersama, saling belajar, keterbukaan, dan keterangkumannya.

Peradaban China telah lahir di tanah ini, namun ia telah membesar menerusi pertukaran yang kerap dengan negara-negara lain. Pada era baharu hari ini, China mendakapi dunia dengan keterbukaan yang lebih besar, berkongsi daya hidup dan kekayaan peradabannya dengan semua manusia.

Video

Berita Berkaitan