China Tambah Hampir 20 Juta Perusahaan Dalam Tempoh FYP ke-14

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 22 Ogos 2025

Pentadbiran untuk Peraturan Pasaran Negara hari ini melaporkan bahawa China telah menyaksikan pertambahan bersih sebanyak hampir 20 juta perusahaan sejak bermulanya tempoh Pelan Lima Tahun (FYP) ke-14 (2021-2025), lapor agensi berita Xihua.

Luo Wen, ketua pentadbiran tersebut menyatakan bahawa sejak FYP ke-14 dilancarkan, persekitaran perniagaan China telah terus bertambah baik, sekali gus merangsang daya hidup keusahawanan secara sepenuhnya dalam kalangan masyarakat.

Menurut Luo, negara itu juga merekodkan kenaikan bersih sekitar 34 juta isi rumah yang bekerja sendiri sesama tempoh lima tahu itu.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang menekankan tentang pencapaian negara itu dalam tempoh tersebut.

Video

Berita Berkaitan