- Lain-lain
Seminar Antarabangsa di Xinjiang Tumpukan Usaha Perangi Keganasan
Seminar antarabangsa edisi ketiga mengenai pembanterasan keganasan berlangsung di Urumqi, wilayah Xinjiang, barat laut China pada Selasa.
Bertemakan "Global Counterterrorism and Security Governance under New Circumstances: Regional and International Responsibilities", seminar itu menarik penyertaan hampir 100 wakil dari lebih 20 negara dan pertubuhan serantau termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Rusia, Kesatuan Afrika (AU) dan lain-lain.
Menurut wakil China, Presiden Xi Jinping telah menyarankan Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI) demi menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Inisiatif berkenaan turut menawarkan pendekatan baharu untuk memperkasa kerjasama antikeganasan di peringkat antarabangsa serta menangani cabaran yang berkaitan.
Para peserta sependapat bahawa semua negara perlu memikul tanggungjawab antarabangsa dan bertindak tegas membanteras keganasan dalam segala bentuk.
Mereka turut memuji kejayaan Xinjiang dalam usaha menghapuskan keganasan dan ekstremisme, sambil menambah pengalaman berkenaan boleh ditimba oleh masyarakat antarabangsa.
Seminar itu dianjurkan bersama oleh Pejabat Hal Ehwal Luar Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Institut Pengajian Antarabangsa China (CIIS) dan Majlis Komuniti Muslim Dunia (WMCC), dengan mendapat sokongan daripada Kementerian Luar China dan kerajaan tempatan Xinjiang.
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
Peneraju Dwibahasa Muda Jelajah Zhejiang: Mencari Cenderamata Paling Diingini
- Pakistan Didesak Siasat Serangan Ganas Jamin Keselamatan Warga China
- Martabatkan Peranan PBB sebagai Penyelaras Utama dalam Anti Keganasan
- Xi Balas Surat Briged Elit Antikeganasan
- China Kecam Serangan Bom di Pakistan
- China Keluarkan Kertas Putih Mengenai Sistem Perundangan dan Langkah Antikeganasan
- Helikopter PBB Diserang Al-Shabaab di Somalia
- Turkiye Tahan 20 Suspek Pengganas
- Konvoi China di Pakistan Alami Serangan Keganasan
- Xi Zahir Simpati Insiden Pengeboman di Pakistan
- Xi Sampaikan Takziah Insiden Serangan Ganas di Uganda