Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 19 Ogos 2025

80 tahun merdeka, 75 tahun berkumandang lagu persahabatan! Festival Kebudayaan Indonesia 2025 diadakan di Beijing pada 17 Ogos, membuka tirainya dalam suasana penuh ria.

Terkenal sebagai acara terbesar bertemakan budaya Indonesia di China, festival yang juga dikenali sebagai Indonesia Fair ini menyajikan kelazatan juadah Indonesia, pesona lagu dan tarian Asia Tenggara, serta berbagai-bagai barangan istimewa yang pastinya menambat hati.

Diadakan atas anjuran Kedutaan Besar Indonesia di China, acara menarik kehadiran 6,000 orang termasuk diplomat, ekspatriat dan pelajar antarabangsa, malahan sesiapa sahaja yang mencintai budaya Indonesia. Bertaut hati ke hati, para hadirin mengimbau kembali persahabatan dua negara yang terikat seribu tahun.

Ikuti lensa kamera, dan marilah bersama-sama merasai kemeriahan karnival budaya yang berwarna-warni ini!

Video

Berita Berkaitan