Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas

Hari ini adalah Chushu, atau Musim Panas akan Berakhir dalam kalendar ’24 musim’, iaitu perpisahan buat musim panas. Ayuh ikuti Sisi ke kawasan pemandangan Kanas di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China untuk menikmati momen penuh tenang tatkala hujung musim panas bertembung dengan awal musim luruh.

Perkataan ‘Chu’ dalam Chushu mempunyai makna ‘akan berakhir’, menandakan pengakhiran secara perlahan-lahan bahang musim panas dan menyenyap segala hidupan. Dalam budaya China tradisional, terdapat tiga fasa atau ‘Chushu san hou’: Pertama, helang akan memulakan buruan musim luruhnya untuk menyimpan makanan buat musim sejuk; kedua, udara dan bumi menjadi muram; ketiga, bijiran di ladang akan menjadi matang. Kesemua tanda-tanda semula jadi yang terserlah itu mencerminkan perubahan dalam musim serta kebijakan tradisional dalam simbiosis harmoni antara manusia dan alam semula jadi.

Di Kanas, pokok birch yang bersulam warna-warni, bertelau batang pokok berwarna perak dan daun kaleidoskopik. Apabila angin bertiup, daun berbentuk hati kecil berbunyi seolah-olah musim luruh bercakap dalam nada yang berbisik. Di lembah Sungai Kanas, lapisan pokok pain yang menjulang tinggi, jarum-jarum halusnya menembusi cahaya matahari menjadi beling emas yang meliuk. Ia adalah musim tembikai susu, iaitu melon menjadi masak, dan di bawah sinaran mentari, terdapat kemanisan yang tersimpan di sebalik kulitnya nan tebal. Padang rumput diwarnai dengan warna keemasan lembut, kawanan lembu dan bebiri pulang dengan santai ke kandang masing-masing, dan dari rumah kayu etnik Tuva, kepulan asap naik perlahan-lahan. Udara pula disulami dengan haruman teh susu dan mentega.

Sementara itu, Jepun pula memasuki fasa antara Liqiu (Permulaan Musim Luruh) dan Chushu, yang menyaksikan orang menghantar surat dan kad ucapan kepada rakan-rakan dan keluarga, mendoakan kesihatan dan saling mengingati untuk menjaga diri tatkala musim berubah. Daripada kabin kayu Kanas kepada ucapan selamat musim panas di Kyoto, Chushu mengingatkan kita bahawa perubahan musim adalah perkongsian bahasa yang merentasi sempadan dan diucapkan buat semua kaum manusia.

“Tiupan angin dingin menyamankan bahang musim panas; semua hidupan memasuki memasuki musim luruh baharu”. Chushu adalah perjalan daripada ketinggian musim panas kepada sampai masanya musim luruh baharu. Di Kanas ini, perjalanan terasa seolah-olah luas terbentang, tenang dan sungguh puitis. Adakah haruman musim luruh telah tiba di tempat anda? Kongsikan memori Chushu anda dengan kami!

Video

Berita Berkaitan