Ekspo China-Arab ke-7 Buka Tirai di Ningxia, Perkukuh Kerjasama Pelancongan

(CRI)Khamis 28 Ogos 2025

Ekspo China-Arab ke-7 dan Persidangan Pengendali Pelancongan China-Arab dirasmikan di Yinchuan, ibu kota Wilayah Autonomi Ningxia di barat laut China pada Rabu.

Seramai 300 peserta hadir termasuk duta dari 28 negara dan wilayah, wakil jabatan pelancongan dalam dan luar negara, agensi pelancongan, persatuan industri dan pakar.

Sebanyak 14 projek kerjasama telah ditandatangani melibatkan nilai keseluruhan sebanyak RMB2.568 bilion (RM1.52 bilion), merangkumi pengangkutan pelancongan, pelancongan pendidikan, pelancongan bertema dan pembangunan kompleks budaya dan pelancongan, sekali gus memperkukuhkan lagi kerjasama antara negara dan wilayah di dalam lingkungan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Sepanjang 27-29 Ogos, para peserta juga dibawa melawat beberapa lokasi seperti Yinchuan, Wuzhong dan Zhongwei untuk menyelami keunikan budaya serta sumber pelancongan Ningxia, dengan harapan membuka lebih banyak peluang kerjasama masa hadapan.

Video

Berita Berkaitan