- Lain-lain
Xi Terima Kunjungan Presiden Azerbaijan
Presiden China, Xi Jinping pagi tadi di bandar Tianjin telah menerima kunjungan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev yang bakal menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 dan Majlis Memperingati Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.
Xi menyatakan bahawa perkongsian strategik komprehensif China-Azerbaijan yang diinisiatifkan oleh kedua-dua mereka pada April lalu, menandakan satu lembaran baharu dalam kerjasama segenap aspek antara kedua-dua negara. China dan Azerbaijian adalah rakan sehaluan dalam memacu pembangunan. China bersedia bekerjasama dengan Azerbaijan untuk mengekalkan momentum kerjasama dua hala yang berkembang pesat dan bersama-sama mencipta masa depan baharu yang saling menguntungkan bagi kedua-dua negara.
Xi menambah, China menyokong Azerbaijan menganggotai SCO, dan bersedia mengeratkan koordinasi pelbagai hala dengan Azerbaijan untuk memelihara kepentingan bersama Selatan Global, dan mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesame insan.
Kedua-dua pihak turut menandatangani pelbagai dokumen kerjasama dua hala yang melibatkan bidang kecerdasan buatan, inovasi sains dan teknologi, kewangan, dan golongan media.
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
Peneraju Dwibahasa Muda Jelajah Zhejiang: Mencari Cenderamata Paling Diingini