Larangan Aktiviti Perikanan di Pantai Utara China Berakhir Selepas Empat Bulan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 02 September 2025
Larangan Aktiviti Perikanan di Pantai Utara China Berakhir Selepas Empat Bulan
Foto sudut udara bertarikh 28 April 2025 ini menunjukkan bot nelayan kembali ke pelabuhan perikanan sebelum moratorium dikenakan di bandar Yantai, provinsi Shandong, timur China. (Xinhua/Sun Wentan)

Pada tengah hari Isnin, ratusan bot nelayan mula berlayar dari pelabuhan Shidao di provinsi Shandong, timur China, sekali gus menandakan berakhirnya moratorium aktiviti perikanan selama empat bulan di Sungai Bohai dan Sungai Kuning China utara latitud 35 darjah.

Seorang kapten bot nelayan, Zhang Zhiming, 59, dalam perkongsiannya kepada Xinhua telah menzahirkan keterujaan untuk segera mendapatkan ikan sebanyak yang mungkin, seterusnya menjual pada harga yang dan memperoleh hasil pendapatan.

“Dengan adanya larangan perikanan bermusim, kedua-dua saiz dan kualiti tangkapan ikan telah bertambah baik secara drastik pada tahun-tahun mutakhir ini,” ujar seorang pemilik bot, Wang Jie, yang kebiasaannya menyasarkan makarel, dengan setiap kali layarannya mampu mendapat 25,000 ke 40,000 kilogram ikan.

Bagi mengisi semula ikan dan menjamin pembangunan mampan, China melaksanakan moratorium perikanan musim panas pada 1995. Profesor di Universiti Lautan China, Xue Ying berkata bahawa dalam tempoh tiga dekad lalu, dasar tersebut telah berkesan menambah populasi ikan.

Video

Berita Berkaitan