- Lain-lain
Majlis Peringati Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Menentang Pencerobohan Jepun dan Fasis Berlangsung Penuh Istiadat
Tepat jam 9.00 pagi hari ini, upacara besar-besaran penuh istiadat berlangsung di Dataran Tian'anmen Beijing bagi memperingati Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.
Presiden China Xi Jinping telah menyampaikan ucapan penting dan memberi tabik hormat kepada perarakan tentera.
Upacara kali ini bertemakan “Mengingati Sejarah, Mengenang Pahlawan, Menghargai Keamanan, Mencipta Masa Depan".
Atas undangan Xi Jinping yang juga merupakan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, sebanyak 26 ketua negara dan kerajaan asing menghadiri majlis kali ini.
Turut serta ialah timbalan perdana menteri, speaker parlimen, wakil kanan, ketua organisasi antarabangsa serta bekas pemimpin politik dari pelbagai negara.
Selain itu duta besar, atase tentera serta 50 rakan antarabangsa dari 14 negara termasuk Rusia, Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis, Kanada dan lain-lain turut hadir bagi menyaksikan upacara ini.
Lapan dekad lalu, bangsa China berjuang selama 14 tahun sebelum mencapai kemenangan besar dalam perang menentang pencerobohan Jepun, sekaligus menandakan kemenangan mutlak dalam Perang Anti-Fasis.
Peperangan rakyat China menentang pencerobohan Jepun bermula paling awal dan berlangsung paling lama.
Bangsa China membuat pengorbanan besar untuk menyokong medan perang utama Timur bagi Perang Anti-Fasis dan memberikan sumbangan bersejarah untuk kemenangan Perang Anti-Fasis.
Tales of Cities | Bunga Api, Ketukangan, Transformasi Pintar Tianjin
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
- Pahlawan Tanpa Nama
- Jangan Sekali-kali Lupa
- Persiapan Giat Dijalankan Menjelang Majlis Peringati Kemenangan Perang Menentang Pencerobohan Jepun, Fasis
- Masyarakat Global Iktiraf Pembentukan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan
- 26 Pemimpin Asing Hadir Majlis Memperingati Kemenangan Perang Menentang Pencerobohan Jepun
- Lebih 100 Varieti Bunga Serlahkan Beijing Menjelang Perarakan Ketenteraan
- Jepun Perlu Terima Fakta Sejarah dan Menginsafi Kesalahan Sendiri
- Pameran Sempena Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Menentang Pencerobohan Jepun dan Fasisme Dilancarkan di Beijing
- Pusat Media Majlis Memperingati Ulang Tahun Ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia Dibuka pada Rabu
- Raptai Kali Ketiga Majlis Memperingati Ulang Tahun Ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia Diadakan