- Lain-lain
China Tegaskan Komitmen Terhadap Pembangunan Damai dan Keadilan Global
Majlis memperingati ulang tahun ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia, berlangsung dalam suasana penuh takzim di Dataran Tian'anmen di Beijing, pagi Rabu.
Pada majlis itu, Presiden China, Xi Jinping yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat telah menyampaikan ucaptama dan memeriksa barisan kehormatan pasukan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) yang berbaris di Jalan Chang'an.
Kira-kira 61 pemimpin luar negara, perwakilan kanan, pegawai pertubuhan antarabangsa dan bekas pemimpin pelbagai negara hadir pada majlis tersebut.
Republik Rakyat China tidak pernah mencetuskan mana-mana perang atau menceroboh negara lain sejak ditubuhkan, sekali gus menjadi satu-satunya negara yang memperjuangkan pembangunan damai dalam perlembagaan.
Sebagai Ahli Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), China merupakan negara yang paling banyak menghantar pasukan pengaman PBB dalam kalangan kuasa besar.
Negara ini sentiasa mempertahankan keadilan dan kesaksamaan antarabangsa, menentang unilateralisme dan hegemonisme serta menyokong dan memelihara mekamisme antarabangsa berteraskan PBB.
Dari segi ekonomi, selaku ekonomi kedua terbesar dunia, China komited dalam memperluas pembukaan tahap tinggi, menggalakkan liberalisasi dan memudahkan perdagangan dan pelaburan, serta menjalin manfaat bersama dan pembangunan bersama dengan komuniti antarabangsa.
Kini, China berusaha membangunkan modenisasi ala China dan kebangkitan nusa dan bangsa.
Ini bukan sahaja laluan bagi rakyat China mengejar kehidupan bahagia, tetapi juga laluan adil demi mewujudkan keamanan dan kemajuan dunia.
Tales of Cities | Bunga Api, Ketukangan, Transformasi Pintar Tianjin
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
- Tokoh Antarabangsa Puji Sumbangan Besar China dalam Perang Dunia ke-2
- Malam Gala Peringati Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Menentang Pencerobohan Jepun, Fasis
- Xi Jinping Tandatangan Perintah Am, Puji Anggota Perbarisan Ketenteraan
- Xi Hadir Majlis Resepsi Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Menentang Pencerobohan Jepun, Fasis
- Malam Gala Peringati Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Menentang Pencerobohan Jepun, Fasis
- Ucaptama Xi Jinping pada Majlis Memperingati Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia
- Majlis Peringatan Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Menentang Pencerobohan Jepun dan Fasis Berakhir Dengan Jayanya
- Xi Berucap Sempena Majlis Memperingati Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Menentang Pencerobohan Jepun, Fasis
- Xi Periksa Barisan Kehormatan Pasukan Tentera PLA
- 45 Formasi Pasukan Tentera Lakukan Lintas Hormat di Dataran Tian'anmen