Xi Ucap Selamat Menyambut Hari Guru

(CRI)Rabu 10 September 2025

Sempena Hari Guru ke-41 yang disambut pada Rabu, Presiden China Xi Jinping telah membalas surat daripada wakil-wakil guru yang bertugas di kawasan desa menerusi Program Pos Khas.

Dalam surat tersebut, Xi turut menyampaikan salam kepada warga pendidik di seluruh negara.

Beliau juga menyuarakan harapan agar guru yang terlibat dalam program itu terus meningkatkan keupayaan dalam pengajaran dan pendidikan serta berusaha melahirkan lebih ramai generasi muda yang cemerlang dari segi moral, intelek, fizikal, kepekaan estetika dan kemahiran.

Program Pos Khas merupakan inisiatif kerajaan pusat untuk mengambil graduan institusi pengajian tinggi mengajar di sekolah luar bandar di kawasan tengah dan barat negara ini.

Sejak dilaksanakan pada 2006, program berkenaan telah menghantar seramai 1.18 juta guru untuk bertugas di 30,000 sekolah luar bandar di lebih 1,000 kaunti.

Video

Berita Berkaitan