Xi Ucap Tahniah Irfaan Ali Kekal Presiden Guyana

(CRI)Khamis 11 September 2025

Presiden China Xi Jinping pada Rabu mengucapkan tahniah kepada Mohamed Irfaan Ali yang berjaya mengekalkan kedudukannya selaku Presiden Guyana.

Xi dalam perutusan tahniahnya berkata Guyana merupakan negara Caribbean yang paling awal menjalinkan hubungan diplomatik dengan China.

Sejak terjalinnya ikatan diplomatik 53 tahun lalu, hubungan China-Guyana berkembang dengan sihat dan stabil, menyaksikan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Di samping itu, kedua-dua negara sentiasa mengekalkan koordinasi yang rapat dalam urusan multilateral.

Xi turut meluahkan harapan untuk memperdalam kerjasama saling untung antara China dengan Guyana di bawah rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), serta melonjakkan hubungan bilateral ke tahap baharu demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan