Muzium Istana Beijing Bawa Bahan Peninggalan Sejarah Dekati Orang Awam

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 11 September 2025

Pelancong melawat dewan pameran produk kreatif dan kebudayaan di Muzium Istana, Beijing, China pada 4 Disember 2024. (Foto oleh Du Jianpo)

Pelancong melawat dewan pameran produk kreatif dan kebudayaan di Muzium Istana, Beijing, China pada 4 Disember 2024. (Foto oleh Du Jianpo)

Di ruang kreatif dan kebudayaan di dalam Muzium Istana Beijing, rak-rak dihiasi dengan susunan eklektik produk, termasuk magnet peti sejuk, cermin mekap bercorak bunga, balsam berbau wangi di dalam bekas gaya imperial, dan penanda buku yang diinspirasikan oleh Twelve Flower Fairies.

“Magnet peti sejuk ini menggambarkan trek stesen ruang angkasa China yang melintasi Muzium Istana.

“Gabungan pencapaian saintifik dan warisan kebudayaan menyerapkan barangan tersebut dengan keistimewaan yang signifikan,” jelas Tie Zheng, penyelidik madya di jabatan kreatif dan kebudayaan muzium itu, sambil mempersembahkan produk-produk baharu kepada pelawat.

Pada tahun-tahun mutakhir ini, Muzium Istana telah menarik sejumlah pengikut tegar dengan melancarkan produk kreatif dan kebudayaan dikhususkan mengikut kecenderungan minat orang awam.

“Sebahagian relik sangat popular, menyaksikan ia laris dijual sejurus ia diletak pada rak,” kata Tie. Hari ini, muzium itu menawarkan lebih daripada 3,000 produk daripada 28 kategori, merangkumi daripada alat tulis dan komestik kepada makanan, sekali gus memastikan akses yang pelbagai terhadap pengalaman kebudayaan.

“Mereka bentuk produk kebudayaan dimulakan dengan memahami semangat di sebalik sesuatu relik itu,” tekan Tie. Bagi siri setem zodiak yang menyambut Tahun Arnab, pasukan tersebut telah memilih 23 artifak bertemakan arnab dengan penuh berhati-hati, yang diperbuat daripada jed, gangsa, dan porselin, yang berusia lebih 2,000 tahun daripada Dinasti Zhou Barat (1046-771 SM) sehingga dinasti Ming dan Qing (1368-1911).

Menurut Tie, kesemua relik itu membawa simbol tuah. Sebagai contoh, hiasan gangsa dua ekor arnab dengan satu gandar rata, iaitu satu komponen penting bagi kenderaan purba, yang menyimbolkan kestabilan dan perjalanan yang terkawal. Sebaik sahaja dilancarkan, siri setem tersebut terus menjadi kejayaan segera.

Elemen kemampanan telah menjadi keutamaan dalam inovasi. Bahan kegunaan harian telah diubah menjadi produk berfesyen dan mampan, yang menghubungkan kehidupan moden dengan tradisi purba. Misalnya, kulit epal digayakan menjadi selongsong telefon bercorak naga, dedaunan gugur menjadi gelang mesra alam, dan botol plastik menjadi beg jinjing yang bertema.

Pelancong mengambil gambar aiskrim bertemakan Muzium Istana. (Foto oleh Chen Xiaogen)

Pelancong mengambil gambar aiskrim bertemakan Muzium Istana. (Foto oleh Chen Xiaogen)

“Guochao atau gaya China bukan sekadar mengulangi masa lampau, tetapi mentransformasi secara kreatif.

“Kesemua produk itu mengandungi kebijaksanaan nenek moyang kita terhadap penghargaan kepada sumber, sambil mencerminkan nilai persekitaran hari ini. Setiap satunya menceritakan keunikan kreativiti yang berakar umbi di Paksi Tengah Beijing,” kata Tie.

Sejak bermulanya projek ‘Sifar Sisa di Muzium Istana’, lebih daripada 60,000 botol plastik telah digunakan semula menjadi produk kebudayaan mesra alam menjelang Januari tahun lalu, mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 1.72 tan, sekali gus memperlihatkan komitmen berterusan muzium itu untuk menghubungkan warisan dengan penyertaan awam dalam kemampanan.

“Bagi benar-benar merapatkan orang awam dengan relik kebudayaan, kita mesti terus menerokai cara baharu untuk melibatkan penyertaan,” ujar Tie. Selain daripada barang niaga, pameran dan acara kebudayaan telah menjadi sebahagian penting dalam kerja-kerja kreatif muzium.

Semasa proses mempersiapkan sebuah pameran, seorang pengunjung telah bertanya tentang kemungkinan untuk dia mendekati relik dengan lebih rapat. Susulan itu, pasukan tersebut telah mengambil soalan itu sebagai idea.

Daripada 1.86 juta artifak koleksi muzium, sebanyak lebih daripada 100 perwakilan telah dipilih dengan penuh teliti. Setiap satunya diambil gambar dan diimbas dengan laser untuk mendapatkan data 3D, yang kemudiannya dimodelkan secara digital.

Salah satu contohnya adalah kapal gangsa Negeri-negeri Berperang yang dihiasi dengan pemandangan pesta, memburu, dan pertarungan. Menerusi skrin sentuh, pengunjung boleh menganimasikan figura purba, melihat mereka memetik daun mulberi, memanah, menikmati makanan, dan melancarkan perang di laut dan darat.

Semangat inovasi telah membentuk satu format penceritaan baharu. Pada 2018, selepas persediaan selama berbulan-bulan, Tie dan rakan sekerjanya melancarkan satu pertunjukan aneka ragam yang berkisarkan pada relik Muzium Istana. Episod pertama yang bertemakan ‘The Qianlong Emperor’s Secret Garden’ telah mengundang selebriti untuk memainkan watak pembuat produk kebudayaan.

“Dengan menyepadukan hiburan dan pendidikan budaya, program itu telah membantu dalam menterjemah dan mempopularkan budaya tradisional khususnya dalam kalangan audiens muda,” ujar Tie lagi.

Video

Berita Berkaitan