- Lain-lain
Tempahan Kemboja Beli Pesawat C909 Buatan China Jadi Tumpuan Media Asing
Cambodia Airways telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Commercial Aircraft Corporation of China (COMAC) untuk membeli 10 pesawat penumpang jenis C909 baru-baru ini dan berniat menambah 10 unit lagi pada masa depan. Ini turut menjadi tumpuan media asing.
Satu laporan dari "South China Morning Post" berbunyi, ini merupakan salah satu tempahan terbesar yang pernah diterima COMAC dari luar negara dan menandakan pesawat buatan China berada dalam proses menembusi pasaran di Asia Tenggara.
Menurut satu laporan dari laman web "Air Data News" pula, Kemboja yang sudah memeterai perjanjian berkenaan akan menjadi negara Asia Tenggara keempat yang memiliki pesawat C909 selepas Indonesia, Laos dan Vietnam, manakala terdapat semakin banyak pengendali urus niaga penerbangan di peringkat global yang berasa teruja dengan daya saing COMAC.
Ditunjukkan lagi dalam laporan tersebut bahawa usaha COMAC untuk mendapat lebih banyak tempahan dari kumpulan pelanggan asing tertumpu kepada pasaran baru muncul di Asia Tenggara yang mempunyai permintaan semakin besar terhadap pesawat untuk kegunaan di laluan penerbangan di peringkat daerah.
Pembelian pesawat C909 kali ini dilihat boleh membantu Cambodia Airways meningkatkan kapasiti penerbangan di peringkat daerah. Pada masa yang sama, COMAC juga dilaporkan akan mengeluarkan jet penumpang jenis C919 yang saiznya lebih besar.
Setakat bulan Julai tahun ini, lebih 160 pesawat jenis C909 buatan COMAC yang berada dalam operasi di lebih 700 laluan penerbangan telah menyediakan perkhidmatan kepada lebih 24 juta penumpang.
- Perkhidmatan Komersial C919 Liputi 16 Bandar Domestik
- China Eastern Perkenal Laluan Baharu Guna Pesawat C919
- Ciri Khas Termaju Bantu C909 Terbang Lebih Tinggi
- Pesawat C919 Berjaya Lakukan Penerbangan Sulung Shanghai-HK
- Pesawat Penumpang Buatan China C909 Tiba di Brunei
- C919 Diguna untuk Laluan Shanghai-HK Mulai 1 Januari 2025
- Penumpang Pesawat C919 Buatan China Cecah 1 Juta
- Jumlah Penumpang C919 Kini Melebihi Separuh Juta
- Penghantaran Jet C919 Buatan China Kepada Dua Syarikat Penerbangan Jadi Tanda Aras Baharu
- Air China Lengkapkan Ujian C919, Lebih Banyak Penerbangan Komersial Dijangka Menyusul