Sektor B&B Semakin Berkembang di Kaunti Wenxian

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 12 September 2025
Sektor B&B Semakin Berkembang di Kaunti Wenxian
Foto menunjukkan sarapan B&B di sebuah gunung di kampung Liziba, Perbandaran Tibet Tielou di kaunti Wenxian, bandar Longnan, Provinsi Gansu di barat laut China. (People’s Daily Online/Shao Lan)

Wang Chao dan isterinya, Jin Xiaojiao mengoperasikan inap-sarapan (B&B) di sebuah gunung di kampung Liziba, Perbandaran Tibet Tielou di kaunti Wenxian, bandar Longnan, Provinsi Gansu di barat laut China.

Untuk rekod, ia merupakan B&B yang pertama seumpamanya di perbandaran itu.

Sejak bulan Jun, pasangan itu telah mengadakan sesi penstriman langsung selama tiga jam setiap hari, memaparkan pemandangan semula jadi yang menakjubkan dan rumah-rumah unik gaya Tibet kepada para penonton.

Terletak di persimpangan Provinsi Shaanxi, Gansu dan Sichuan, kaunti Wenxian dilimpahi dengan pemandangan semula jadi nan indah.

Kaunti itu telah membangunkan ekonomi B&B yang disesuaikan mengikut keadaan tempatan, sekali gus menarik lebih ramai golongan muda untuk pulang ke kampung halaman dan memulakan perniagaan masing-masing.

Pada tahun-tahun mutakhir ini, bandar Longnan telah berusaha untuk meletakkan kedudukannya sebagai sebuah destinasi untuk pelancongan kesejahteraan dan kebudayaan, dengan B&B luar bandar menjadi pendorong penting buat pertumbuhan sektor tersebut.

Difahamkan, ketika ini bandar itu mempunyai 13 B&B yang memenuhi piawaian kebangsaan untuk sektor tersebut.

Wang Chao mempromosikan B&B miliknya dalam satu sesi penstriman langsung di kampung Liziba, Perbandaran Tibet Tielou di kaunti Wenxian, bandar Longnan, Provinsi Gansu di barat laut China. (People’s Daily Online/Shao Lan)
Wang Chao mempromosikan B&B miliknya dalam satu sesi penstriman langsung di kampung Liziba, Perbandaran Tibet Tielou di kaunti Wenxian, bandar Longnan, Provinsi Gansu di barat laut China. (People’s Daily Online/Shao Lan)
Foto memaparkan bunga berkembang mekar di halaman sebuah B&B di kampung Liziba, Perbandaran Tibet Tielou di kaunti Wenxian, bandar Longnan, Provinsi Gansu di barat laut China. (People’s Daily Online/Shao Lan)
Foto menunjukkan bunga yang bermekaran di bahagian masuk sebuah B&B di kampung Liziba, Perbandaran Tibet Tielou di kaunti Wenxian, bandar Longnan, Provinsi Gansu di barat laut China. (People’s Daily Online/Shao Lan)

Video

Berita Berkaitan