- Lain-lain
Pilihan Raya Dewan Perundangan ke-8 SAR Macau Berjalan Lancar
Pilihan Raya Dewan Perundangan ke-8 Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Macau berlangsung dengan jayanya dan pengiraan undi peringkat awal selesai pada Ahad.
Ketua Eksekutif SAR Macau, Sam Hou Fai mengucapkan tahniah kepada semua ahli yang terpilih dan merakamkan penghargaan kepada para pengundi atas penyertaan aktif mereka dalam proses demokrasi tersebut.
Sam Hou Fai menegaskan, pilihan raya itu diadakan selari dengan prinsip "Satu Negara, Dua Sistem," "Rakyat Macau Mentadbir Macau," serta autonomi bertahap tinggi.
Ia juga mencerminkan perlaksanaan berkesan prinsip "Patriot Mentadbir Macau".
Kejayaan pilihan raya tersebut adalah bagi memelihara sistem perlembagaan yang diwujudkan di bawah Perlembagaan China dan Undang-undang Asas SAR Macau, dan pelaksanaan "Satu Negara, Dua Sistem" dengan mantap.
Beliau menzahirkan harapan agar Dewan Perundangan penggal baharu dapat berganding bahu dengan kerajaan SAR untuk memacu pembangunan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat, dan membina masa depan yang lebih indah untuk Macau.
- "Satu Negara Dua Sistem" Amat Berjaya di Macau - Xi
- Macau Mencapai Kejayaan Cemerlang dalam Pelaksanaan "Satu Negara Dua Sistem"
- Xi Bertemu Ketua Eksekutif Makau Ho Iat Seng
- Xi Adakan Tinjauan ke Universiti Sains dan Teknologi Makau
- Tinjauan CGTN: Dasar 'Satu Negara, Dua Sistem' Disanjung Tinggi
- Genap 25 Tahun Macao Diambil Balik China: Xi Bakal Hadiri Perhimpunan Perayaan
- Perdagangan Tanah Besar dengan Macao Cecah USD3.84 Bilion
- Keberanian Pemuda Macao Tolak Keselesaan, Terokai Bidang Keusahawanan Kini Buahkan Hasil
- Lebih 80% Bekalan Produk Segar Macao Berasal dari Tanah Besar
- Xi Ditemui Ketua Eksekutif SAR Macao Baharu