Xi, Alois Tukar Ucapan Tahniah Ulang Tahun ke-75 Ikatan Diplomatik

(CRI)Ahad 14 September 2025

Presiden China Xi Jinping dan Putera Mahkota Liechtenstein Alois saling bertukar ucapan tahniah sempena sambutan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik dua negara, pada Ahad.

Xi berkata 75 tahun menyaksikan China dan Liechtenstein sentiasa mematuhi prinsip saling hormat dan saling percaya, aktif melakukan pelbagai pertukaran dan kerjasama serta menjalin koordinasi yang rapat di peringkat multilateral.

Beliau turut menyifatkan hubungan kedua-dua negara sebagai model kewujudan bersama secara mesra serta kerjasama saling untung antara kuasa yang besar dan yang kecil.

Sementara itu, Alois menyatakan keyakinan bahawa kedua-dua negara akan terus mempertingkat pertukaran dan kolaborasi serta bersama-sama mewujudkan kemakmuran pada masa hadapan.

Video

Berita Berkaitan