CIFTIS Labuh Tirai, Saksi Lebih 900 Perjanjian Berfokuskan Inovasi Digital

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 15 September 2025

Seorang pelawat menunjukkan koleksi cap yang dikumpul semasa Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) di Taman Shougang di Beijing, ibu kota China pada 14 September 2025. (Xinhua/Chang Nengjia)

Seorang pelawat menunjukkan koleksi cap yang dikumpul semasa Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) di Taman Shougang di Beijing, ibu kota China pada 14 September 2025. (Xinhua/Chang Nengjia)

Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2025 melabuhkan tirainya di Beijing pada Ahad, dengan menyaksikan lebih 900 perjanjian telah ditandatangani dalam sektor seperti pembinaan, teknologi maklumat dan kewangan, sekali mempamerkan penyertaan global yang rancak dalam inovasi perdagangan digital.

Diadakan di Taman Shougang, pameran itu menarik peserta dari lebih 60 negara dan lebih 20 organisasi antarabangsa. Syarikat Global Fortune 500, syarikat unikorn, dan syarikat peneraju industri telah mengemukakan 198 pencapaian dalam bidang seperti AI, teknologi kewangan, penjagaan kesihatan dan teknologi hijau.

Daripada kesemua pencapaian tersebut, 109 daripadanya merupakan pelancaran produk baharu yang menampilkan inovasi dalam perubatan tepat, teknologi audio visual berdefinisi ultra tinggi, komputer kuantum fotonik, dan penderia sel bionik.

Zhu Guangyao, wakil dari Jabatan Perkhidmatan Komersial dan Perkhidmatan dalam Perdagangan di bawah Kementerian Perdagangan berkata bahawa pihaknya akan terus memanfaatkan peranan CIFTIS sebagai platform untuk menggalakkan pembangunan, mengembangkan keterbukaan dan memupuk kerjasama inovatif.

Menurut beliau, ia sekali gus menjamin hasil dan konsensus yang tercapai pada tahun ini untuk diterjemah kepada hasil yang jelas boleh dilihat.

Difahamkan, lebih daripada 8,500 mesyuarat perniagaan telah diinisiatifkan pada platform pemadanan digital, manakala peserta profesional bertambah lebih 12 peratus dari tahun ke tahun kepada sekitar 116,000 pengunjung.

Zhang Huayu, timbalan pengarah Biro Perdagangan Perbandaran Beijing berkata sejumlah 45 aktiviti kebudayaan, komersial, pelancongan dan aktiviti sukan termasuk persembahan, acara sukan dan pasaran pengguna telah diadakan di lokasi unik Taman Shougang, dengan 11 perjalanan perniagaan yang dikurasikan menawarkan pandangan imersif terhadap pelaburan, budaya dan pelancongan industri.

Acara selama hari itu telah menarik lebih daripada 250,000 peserta secara fizikal dan sekitar 5,600 secara dalam talian.

Video

Berita Berkaitan