- Lain-lain
Tradisi Bunga Sanggul Rambut Bermekaran di Kampung Nelayan Quanzhou
Pemandangan sudut udara kampung Xunpu, daerah Fengze di Quanzhou, Provinsi Fujian, tenggara China. (Foto oleh Ouyang Liangpeng)
Terletak di pesisir utara muara di mana Sungai Jinjiang bertembung Teluk Quanzhou, kampung Xunpu, daerah Fengze, Quanzhou, Provinsi Fujian, tenggara China sejak ribuan tahun lamanya telah tertegak sebagai salah satu titik permulaan Jalan Sutera Maritim purba.
Pada musim panas kali ini, kampung itu dibanjiri dengan pelancong dari pelbagai kawasan, yang dikatakan tertarik dengan adat resam rakyat Xunpu yang dikenali sebagai ‘kalungan bunga sanggul rambut’.
Kawasan berkeluasan 1.5 kilometer persegi dan menempatkan lebih 7,000 penduduk, komuniti nelayan yang sederhana tersebut telah menemui kemakmuran baharu dengan menyepadukan budaya, perdagangan dan pelancongan di samping tradisi bunga sanggul rambut berusia ribuan tahun.
Pelancong mengambil gambar di kampung Xunpu, daerah Fengze, Quanzhou, Provinsi Fujian, tenggara China. (Foto oleh Fujian Daily)
“Saya membesar dengan melihat nenek dan ibu saya memakai kalungan bunga. Setiap hari selepas pulang sekolah, saya akan dapat menyaksikan wanita lebih tua di lorong-lorong sambil memakai sanggul bunga cantik di atas kepala masing-masing, menyaksikan mereka lebih bersinar,” ujar Huang Liyong, pemilik kedai bunga di kampung itu.
Selama ribuan tahun, punca pendapatan penduduk kampung adalah berkisar daripada perikanan dan akuakultur. Bagi mereka, bunga sanggul rambut bukan sekadar hiasan, tetapi juga satu simbol harapan untuk kehidupan lebih baik.
“Pada masa lalu, ketika kaum lelaki pergi ke laut, kaum perempuan akan memakai bunga bagi mendoakan keselamatan pergi dan pulang. Waima sekuat mana pun guruh, pemandangan bunga nan segar sentiasa mengingatkan mereka tentang daya tahan dan daya hidup,” ujar Huang.
Meskipun perikanan tidak lagi menjadi punca rezeki utama di kampung itu, aspirasi yang terkandung dalam kalungan bunga kini mengembara jauh melangkaui pantainya melalui pengalaman pengunjung yang tidak terkira banyaknya.
Pada 2008, adat resam rakyat pemakaian bunga di kepala oleh wanita Xunpu telah dimasukkan ke dalam senarai warisan budaya tidak ketara peringkat kebangsaan China dengan Huang turut diiktiraf sebagai pewaris tradisi budaya tersebut.
“Anda bukan sekadai memakai bunga, tetapi satu legasi budaya yang diwariskan selama lebih seribu tahun,” ujar seorang pelawat muda selepas memakai hiasan itu.
Satu aktiviti adat resam rakyat diadakan di kampung Xunpu, daerah Fengze, Quanzhou, Provinsi Fujian di tenggara China. (Foto oleh Huang Wancheng)
Satu set gambar bunga sanggul rambut yang disiarkan pada 2023 telah menjadi tular dalam kalangan warganet, yang menarik kampung Xunpu sebagai perhatian. Pada 2024, kampung itu menerima lebih daripada 8.5 juta pengunjung, menjana lebih daripada RMB1.8 bilion dalam hasil pelancongan.
Untuk tujuh bulan pertama tahun ini sahaja, ketibaan pengunjung telah melangkaui 4.26 juta, dengan perbelanjaan direkodkan melebihi RMB860 juta.
Bagi meneruskan momentum tersebut, pihak berkuasa tempatan telah mengambil pendekatan inovatif untuk memelihara dan mengangkat lagi tradisi itu. Pada November 2023, persatuan adat resam bunga sanggul Xunpu, dengan Huang menjadi presiden yang pertama.
“Keutamaan kami adalah menghimpunkan sejarah adat resam bungan sanggul rambut sambil melatih artis tempatan untuk menyelaraskan perkhidmatan,” jelas beliau.
Pada tahun ini, satu set piawaian formal telah diperkenal, meliputi kesemuanya daripada tenk kraf dan kesegaran bunga kepada etika perkhidmatan dan peletakan harga.
“Kini perkhidmatan kami mengikuti garis panduan yang jelas, yang memberikan pengunjung keyakinan lebih besar,” kata Huang.
Tambah beliau, ramai penduduk kampung yang suatu ketika dahulu bergantung kepada akuakultur atau makanan laut, telah membuka kedai bunga sanggul rambut, kedai snek, atau perniagaan pelancongan kebudayaan.
Hari ini, Xunpu mempunyai hampir 300 studio foto, yang menerima sekitar 20,000 pengunjung secara purata pada setiap hari.
Inovasi merupakan kunci dalam memelihara populariti tradisi tersebut. Usahawan tempatan, Huang Chen yang berpengalaman selama lebih 40 tahun dalam penjualan pakaian telah pantas memanfaatkan peluang perniagaan di tengah-tengah ‘kegilaan bunga sanggul rambut’.
Beliau membuka kedai yang menyediakan perkhidmatan sewaan pakaian nelayan wanita Xunpu.
“Pelancong kini boleh memakai kedua-dua kalungan bunga dan kostum nelayan wanita bagi pengalaman kebudayaan imersif,” jelas Huang lagi.
Dalam usaha untuk memenuhi cita rasa moden, Huang memperkenal adaptasi secara halus untuk menambah baik tarikan fotografi sambil mengawal tekstur tradisional. Kedainya kini menawarkan lebih daripada 100 gaya dan warna, menyewakan sekitar 50 ke 60 pakaian sehari semasa musim puncak.
Para pengunjung pula kebiasaannya menggayakan pakaian tradisional untuk bergambar di lorong-lorong atau di tepi laut, sekali gus menambah lagi keceriaan kepada suasana di kampung itu.
Untuk meneruskan lagi ledakan pelancongan itu, Xunpu sedang mengembangkan lagi tawaran kebudayaan, menambah baik persekitaran tempatan dan mempelbagai model perniagaan. Objektifnya adalah untuk mencipta lapang pengalaman istimewa adalah bunga sanggul rambut, sesi bergambar, pemandangan tepi laut, jalan-jalan lorong, persembahan muzik, opera tempatan, menikmati makanan laut dan membeli-belah.
Hari ini, kampung Xunpu berjaya menjalinkan warisan purba, pelancongan moden dan industri unik bersama-sama dengan bunga segar. Dari tempoh 2022 hingga 2024, pendapatan per kapita penduduk kampung meningkat lebih dua kali ganda, manakala tradisi bunga sanggul rambut menjana lebih daripada RMB5 bilion dalam penggunaan, sekali gus memberikan nafas baharu kepada warisan Xunpu dan membawa kemakmuran kepada rakyatnya.
- CIFIT ke-25 Buka Tirai Hari ini
- Pemulihan Pokok Bakau Bawa Manfaat Ekonomi di Fujian
- Ayuh Terokai Tulou di Fujian!
- Industri Abalone Semakin Rancak di Kaunti Lianjiang
- Azalea Jana Kekayaan Buat Pekan Kecil di Barat Fujian
- Bagaimana menempuh jalan kebangkitan desa di Fujian? Berikut petikan ucapan Xi Jinping
- Nelayan Aojiao Pulang Bawa Tangkapan Lumayan
- Pemandangan Matahari Terbit Tarik Pengunjung ke Aojiao
- Pemandangan Bunga Sesawi Nan Indah di Hua’an Tarik Kehadiran Pengunjung
- Ikan Lumba-lumba Putih Cina Kembali ke Muara Fujian Buat Tujuh Tahun Berturut-turut