- Lain-lain
CAEXPO Berperanan Penting Pacu Kerjasama China-ASEAN
Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-22 dirasmikan di bandar Nanning, ibu kota wilayah Guangxi China, hari ini, seretak dengan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN.
Jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian dalam sidang taklimat pada Selasa menyatakan bahawa ASEAN diutamakan dalam hubungan luar China serta kawasan penting bagi pembinaan bermutu tinggi Jalur dan Laluan (BRI).
"Di bawah pimpinan strategik pemimpin kedua-dua pihak, kerjasama pragmatik antara China dengan ASEAN dalam pelbagai bidang diperkasakan, manakala hubungan ekonomi dan perdagangan mengekalkan trend perkembangan baik," kata Lin.
Beliau berkata China mempertahankan kedudukan sebagai rakan dagang terbesar bagi ASEAN sejak 2009, manakala kedua-dua pihak saling menjadi rakan dagang terbesar dalam tempoh lima tahun secara berturut-turut.
"Jumlah perdagangan antara China dengan ASEAN mencatat USD686.78 bilion pada Januari hingga Ogos lalu, meningkat 8.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
"Sementara itu, jumlah keseluruhan pelaburan kedua-dua pihak telah melebihi USD450 bilion, sehingga Julai lalu," kata Lin.
Beliau berkata, CAEXPO merupakan platform penting kepada China dan ASEAN untuk memperkasakan kerjasama dan mendorong integrasi ekonomi serantau.
"China bersedia bersama pelbagai negara anggota ASEAN untuk memainkan peranan platform CAEXPO dan membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih erat," ujar beliau.
- Lebih 3,200 Syarikat Sertai CAEXPO ke-22 di Nanning
- Sekilas Eskpo China-ASEAN ke-22
- CAEXPO ke-22 akan Terserlah dengan Penglibatan 39 Bandar Kembar dengan Guangxi
- CAEXPO ke-22 Bakal Disertai 3,200 Syarikat Pempamer
- Daripada Teh Mutiara kepada Hubungan Perniagaan: ‘Cita Rasa’ Integrasi Perdagangan China-ASEAN
- Durian, Kayu Ros, Kopi ASEAN antara Produk Bintang dalam CAEXPO ke-21
- 36 Jam, Durian Segar Dieksport Malaysia Boleh di Tangan Pengguna China
- Ekspo China-ASEAN ke-21 Buka Tirai di Nanning
- Dialog Kerajaan Malaysia, CEO China Diadakan di Nanning
- CAEXPO Cermin Keberhasilan Kerjasama China-ASEAN