Mongolia Dalam Pupuk Pendorong Pertumbuhan Baharu, Majukan Pembangunan Berkualiti Tinggi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 18 September 2025

Bandar Ordos di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China berperanan penting dalam usaha pengawalan penggurunan di China.

Di Banner Dalad, Ordos, grid rumput mengukuhkan pasir, manakala panel suria yang luas terbentang menghidupkan pemandangan. Di bawah panel, terdapat tumbuh-tumbuhan tumbuh subur dan haiwan bertebaran, sekali gus menghidupkan padang pasir.

Foto menunjukkan pangkalan tenaga suria di Gurun Kubuqi di Mongolia Dalam, iaitu tempat panel suria tersusun dalam bentuk seekor kuda. (People’s Daily Online/Meng Jiashu)

Foto menunjukkan pangkalan tenaga suria di Gurun Kubuqi di Mongolia Dalam, iaitu tempat panel suria tersusun dalam bentuk seekor kuda. (People’s Daily Online/Meng Jiashu)

Li Kai, pengarah pusat sokongan komprehensif Biro Tenaga Banner Dalad, kawasan itu telah membangunkan projek tenaga baharu dengan jumlah kapasiti terpasang sebanyak 5.57 juta kilowatt.

Sebagai sebahagian daripada ‘tembok fotovolta besar’, projek pemulihan gurun tenaga suria yang bercita-cita tinggi, Banner Dalad merancang untuk memanjangkan projek kepada sekitar 400 kilometer dengan purata lebar 5 kilometer, meliputi penghujung utara Gurun Kubuqi.

Di Taman Industri Pembuatan Pintar Tenaga Baharu Mingyang di bandar Baotou, bilah turbin disusun rapi, yang secara tidak langsung mencipta satu pemandangan nan menakjubkan. Bilah tersebut akan digunakan dalam pembinaan pangkalan tenaga baharu di ‘Shagehuang’, terma China yang merujuk kepada gurun, Gobi, dan tanah tandus di serata utara China.

Sebuah turbin angin dipasang di Taman Industri Pembuatan Pintar Tenaga Baharu Mingyang di bandar Baotou. (People’s Daily Online/Zhang Xuedong)

Sebuah turbin angin dipasang di Taman Industri Pembuatan Pintar Tenaga Baharu Mingyang di bandar Baotou. (People’s Daily Online/Zhang Xuedong)

Di bengkel pemasangan, sebuah turbin angin luar pesisir bersaiz super besar 8.5 MW sedang menjalani ujian percubaan sebelum keluar daripada kilang tersebut.

Xie Yao, pengarah jabatan pengurusan industri di Syarikat Mingyang New Energy Offshore Equipment Headquarters Group menyifatkan kawasan ‘Shagehuang’ sebagai persekitaran yang sukar dan kompleks, dengan angin sejuk melampau, panas terik, dan ribut pasir yang kerap berlaku sepanjang tahun. Keadaan tersebut memberikan cabaran serius terhadap ketepatan reka bentuk turbin angin itu dan prestasi bahan bilah.

Foto memperliihatkan Kawasan Baharu Horinger di bandar Hohhot, Mongolia Dalam. (People’s Daily Online/Fu Lijuan)

Foto memperliihatkan Kawasan Baharu Horinger di bandar Hohhot, Mongolia Dalam. (People’s Daily Online/Fu Lijuan)

Mongolia Dalam merupakan hab penting bagi inisiatif ‘Data Timur, Pengkomputeran Barat’. Kuasa pengkomputeran Mongolia Dalam telah mencapai 165,000 petaflop, termasuk 154,000 untuk pengkomputeran pintar, menduduki ranking pertama di China.

Pada awal Julai, Syarikat JL MAG Rare-Earth (Batou) telah memulakan pembina Fasa III projek pembuatan hijaunya yang bakal mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan 20,000 tan bahan magnetik kekal nadir bumi berprestasi tinggi. Apabila ia beroperasi kelak, kapasiti itu akan mencapai dua kali ganda kepada 40,000 tan.

Pada 2024, output industri nadir bumi Baotou mencecah RMB103.05 bilion, sekitar AS$14.47 bilion. Dari Januari hingga Mei tahun ini, output industri nadir bumi bandar itu telah mencapai RMB41.46 bilion.

Di Taman Logistik Shaliang Hohhot, kereta baharu dikeluarkan melalui laluan khusus dengan pengimbas peranti pengecaman frekuensi radio (RFID).

Menurut Kong Xiangping, timbalan pengurus taman itu, pihaknya hanya mengendalikan sekitar lebih 200 kenderaan sebulan ketika ia mula dibuka pada 2015. Menjelang 2024, angka tersebut melangkaui 4,000.

Pada penghujung Julai, kereta api kargo China-Eropah yang membawa alat ganti kenderaan, komponen pesawat dan monitor komputer telah berlepas dari pelabuhan darat Manzhouli ke Rusia, menjadikan jumlah kereta api keseluruhan yang melalui pelabuhan itu kepada 30,000.

Sebuah kereta baharu dikeluarkan menerusi laluan khusus di Taman Logistik Shaliang Hohhot, Mongolia Dalam. (People’s Daily Online/Kou Ya’nan)

Sebuah kereta baharu dikeluarkan menerusi laluan khusus di Taman Logistik Shaliang Hohhot, Mongolia Dalam. (People’s Daily Online/Kou Ya’nan)

Pelabuhan Manzhouli mengendalikan lebih daripada 60 peratus perdagangan darat China-Rusia dan telah membina sistem pengangkutan pelbagai mod yang menyepadukan jalan, rel dan udara. Untuk mempercepat tempoh bagi kereta api yang pulang, pelabuhan itu telah berganding bahu dengan kastam dan pihak berkuasa sempadan untuk memperkemas prosedur, menambah baik kecekapan pelepasan sehingga hampir 10 peratus.

Sehingga hari ini, lebih daripada 30,000 kereta api yang membawa hampir 3 juta TEU barangan telah melalui pelabuhan Manzhouli. Kereta api itu kini telah melalui 13 negara Eropah termasuk Rusia, Poland, dan Belgium, manakala kereta api masuk telah berhubung dengan lebih daripada 60 bandar China seperti Harbin, Shanghai, dan Guangzhou.

Kereta api kargo China-Eropah melalui pelabuhan darat Manzhouli di Mongolia Dalam. (Foto oleh An Jila)

Kereta api kargo China-Eropah melalui pelabuhan darat Manzhouli di Mongolia Dalam. (Foto oleh An Jila)

Video

Berita Berkaitan