Hab Keusahawanan dan Inovasi Belia Shenzhen Dorong Pembangunan Berkualiti Tinggi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 17 September 2025

Foto menunjukkan Hab Keusahawanan dan Inovasi (Ehub) Belia Shenzhen-Hong Kong Qianhai di Shenzhen, Provinsi Guangdong, selatan China, 15 September 2025. (Oleh People’s Daily Online)

Foto menunjukkan Hab Keusahawanan dan Inovasi (Ehub) Belia Shenzhen-Hong Kong Qianhai di Shenzhen, Provinsi Guangdong, selatan China, 15 September 2025. (Oleh People’s Daily Online)

Hab Keusahawanan dan Inovasi (Ehub) Belia Shenzhen-Hong Kong Qianhai yang terletak di Qianhai, Shenzhen, Provinsi Guangdong, selatan China, telah menjadi pendorong utama dalam pembangunan berkualiti tinggi di China dan serata dunia sejak ia ditubuhkan pada 2014.

Menempatkan sejumlah besar syarikat inovasi pintar dan teknologi tinggi, hab tersebut secara amnya memfokuskan kepada sektor-sektor strategik termasuk AI, kecerdasan terkandung, teknologi kesihatan dan kehidupan, inovasi sukan dan budaya, serta teknologi kewangan.

Untuk menyokong industri baharu muncul secara global, banyak syarikat seperti Spaceship, Bytelumio, GEE.D, Deep Harbour, i2Cool, Dynamo Semiconductor, Lumen Labs, Remo dan RiVAI telah mendirikan ibu pejabat masing-masing di hab tersebut, berfungsi sebagai jambatan untuk mendorong pembangunan teknologi tinggi China dan menyumbang kepada inovasi global.

Ketika diwawancara People’s Daily Online, Martin Zhu yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif merangkap pemilik bersama i2Cool, iaitu sebuah syarikat perintis dalam teknologi penyejuk bebas elektrik berkata bahawa syarikat itu telah memberi perhatian terhadap teknologi pengeluaran dan inovasi yang menyokong pembangunan berkualiti tinggi.

Zhu berkata syarikat itu secara terasnya memfokuskan terhadap penyediaan inovatif dan solusi penyejuk mampan untuk bangunan-bangunan hijau, penggunaan industri, serta perlindungan harian di serata 30 negara dan wilayah.

Beliau menjelaskan bahawa syarikatnya terus untuk menginovasi dan membangunkan teknologi maju bagi penjimatan tenaga untuk menyokong bandar rendah karbon dan komuniti hijau di serata dunia.

Sebagai contoh, dokumen yang disediakan oleh syarikat itu menunjukkan bahawa ia mengeluarkan produk seni bina i2Coating, yang boleh digunakan untuk penyejukan suhu dan jimat tenaga di rumah-rumah, pusat beli-belah, kilang, gudang, pusat data dan bangunan awam.

Kejayaan sedemikian adalah satu kebiasaan di Ehub, sekali gus menandakan satu langkah penting dalam sumbangannya kepada pembangunan berkualiti tinggi global.

Ehub tersebut adalah merupakan sebahagian daripada strategi lebih luas China untuk penyepaduan pembangunan Guangdong, Hong Kong, Macao; menyokong syarikat pemula belia menerusi pelaburan modal, sokongan dasar, perkongsian universiti, akses pasaran global, perkhidmatan undang-undang profesional, pengoperasian dan pengurusan, serta pembangunan dan penempatan bakat.

Ia juga antara lainnya menggunakan ruang seluas 100,000 meter persegi, dan penuh dengan pusat pembangunan dan penyelidikan serta pejabat beberapa syarikat teknologi terkemuka.

Wartawan mencuba teknologi penyejuk sebuah syarikat di Ehub Belia Shenzhen-Hong Kong Qianhai pada 15 September 2025. (Oleh People’s Daily Online)

Wartawan mencuba teknologi penyejuk sebuah syarikat di Ehub Belia Shenzhen-Hong Kong Qianhai pada 15 September 2025. (Oleh People’s Daily Online)

Wartawan mencuba sebuah kerusi yang menyediakan tempat duduk ergonomik Ehub Belia Shenzhen-Hong Kong Qianhai pada 15 September 2025. (Oleh People’s Daily Online)

Wartawan mencuba sebuah kerusi yang menyediakan tempat duduk ergonomik Ehub Belia Shenzhen-Hong Kong Qianhai pada 15 September 2025. (Oleh People’s Daily Online)

Wartawan menyaksikan satu robot humanoid yang membawa sebuah kotak di Ehub Belia Shenzhen-Hong Kong Qianhai pada 15 September 2025. (Oleh People’s Daily Online)

Wartawan menyaksikan satu robot humanoid yang membawa sebuah kotak di Ehub Belia Shenzhen-Hong Kong Qianhai pada 15 September 2025. (Oleh People’s Daily Online)

Wartawan mengambil foto robot bermain catur dengan manusia di Ehub Belia Shenzhen-Hong Kong Qianhai pada 15 September 2025. (Oleh People’s Daily Online)

Wartawan mengambil foto robot bermain catur dengan manusia di Ehub Belia Shenzhen-Hong Kong Qianhai pada 15 September 2025. (Oleh People’s Daily Online)

Video

Berita Berkaitan