- Lain-lain
Jumlah Penyertaan Syarikat pada Canton Fair ke-138 Catat Rekod Baharu
Jumlah syarikat yang mengambil bahagian dalam Canton Fair ke-138 yang akan berlangsung secara rasmi pada 15 Oktober mencatat rekod baharu, melebihi 31,000 penyertaan dalam bahagian eksport.
Demikian menurut jurucakap Kementerian Perdagangan China, He Yadong dalam sidang media pada Khamis.
Menurutnya, Canton Fair edisi kali ini akan memperkenalkan langkah-langkah sokongan yang lebih kukuh untuk membantu perusahaan yang berorientasikan perdagangan luar menangani risiko dan cabaran luar.
Antara langkah tersebut termasuk pengurangan atau pengecualian yuran gerai bagi kesemua 31,000 syarikat yang terlibat dalam pameran eksport, dan lebih 5,000 syarikat akan menikmati manfaat buat pertama kalinya.
Selain itu, platform dalam talian juga memperkenalkan insentif pengurangan atau pengecualian, sejajar dengan potongan 50 peratus yuran gerai bagi pameran fizikal.
- Canton Fair ke-137 Labuh Tirai, Jumlah Pembeli Luar Negara Perbaharui Rekod
- Canton Fair ke-137 Labuh Tirai
- Pembeli Asing Cecah Lebih 190,000 Orang di Canton Fair Ke-137
- Canton Fair: Fasa Pertama Berakhir, Jumlah Pempamer Baharui Rekod
- Canton Fair: Pembeli Asing Meningkat 10 Peratus
- ‘Canton Fair’ Bermula Cemerlang, Angka Pempamer Eksport Perbaharui Rekod
- Canton Fair ke-137 Buka Tirai
- Canton Fair ke-136 Tarik Penyertaan Lebih 30,000 Pempamer
- 246 Ribu Pembeli Asing, Rekod Baharu dalam Sejarah Canton Fair
- Canton Fair ke-135 Tarik Penyertaan Lebih 221,000 Pembeli