Pasukan Pengaman China Mengambil Bahagian dalam Latihan “Angel Rescue 2025”

(CRI)Isnin 22 September 2025

Unit kejuruteraan pelbagai fungsi pasukan pengaman ke-23 China ke Lubnan mengambil bahagian dalam siri latihan "Angel Rescue-2025" anjuran Kuasa Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) pada 19 September.

Latihan itu bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pasukan pengaman dalam menghadapi situasi kecemasan serta melaksanakan evakuasi perubatan di persekitaran yang mencabar.

Latihan “Angel Rescue” merupakan latihan bersama tahunan utama UNIFIL.

Latihan kali ini melibatkan pasukan pengaman dan jabatan berkaitan dari pelbagai negara termasuk China, Perancis, Itali, India dan Indonesia.

Video

Berita Berkaitan