40 Terbunuh Insiden Rempuhan di Selatan India

(CRI)Isnin 29 September 2025

Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam insiden rempuhan semasa perhimpunan politik yang dianjurkan oleh seorang pelakon terkenal India di daerah Karur, Tamil Nadu pada Sabtu.

Kejadian berlaku apabila peserta mula merempuh ke arah pentas di lokasi perhimpunan politik sekitar jam 7.45 malam, menyebabkan sesetengah orang pengsan akibat berasak-asakan dan terhimpit.

Difahamkan, perhimpunan tersebut merupakan sebahagian daripada jelajah negeri oleh parti politik baharu Vijay yang dikenali sebagai Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) menjelang pilihan raya negeri yang dijadual berlangsung awal tahun depan.

Video

Berita Berkaitan