- Lain-lain
Tales of Cities | Kota Purba, Ritma Baharu : Xuzhou Yang Menawan Hati
Juga dikenali sebagai “Pengcheng” pada zaman lampau, bandar Xuzhou di barat laut provinsi Jiangsu merupakan tempat lahir budaya Dinasti Han. Artifak berharga seperti “Pakaian Jed” (pakaian pengebumian kepingan jed yang dijahit dengan benang emas) dan patung-patung tembikar berwarna yang sejarahnya bermula di sini, semuanya menjadi saksi kepada kegemilangan Dinasti Han.
Pengcheng Qili, sebuah daerah berunsur sejarah dan budaya yang terletak di paksi utara-selatan kawasan perbandaran utama, panjangnya 3.5 kilometer dan menghubungkan pelbagai tapak bersejarah dan tarikan budaya, menyatukan kekayaan warisan budaya dengan kesibukan bandar.
Pada hari pertama Sanfu (tempoh paling panas dan lembap dalam setahun), Xuzhou menyambut ketibaan kemuncak musim panas dengan mengadakan Festival Fuyang. Tetamu berkumpul awal untuk merasai “suapan pertama”, iaitu bahagian sup yang paling berperisa. Di tengah-tengah cuaca panas lembap ini, tradisi purba tetap menjadi amalan.
Satu lagi tradisi yang tidak lapuk dek zaman ialah opera Liuqin. Teater yang menggambarkan kehidupan penduduk dengan iringan melodi merdu yang cukup ekspresif, menyerlahkan sepenuhnya sifat orang Xuzhou yang gemarkan humor namun berani.
Pada zaman ini, Xuzhou juga dikenali sebagai ibu kota jentera pembinaan China. Kemampuan perkilangan pintar bandar ini dipamerkan dengan jelas oleh Xuzhou Construction Machinery Group Co., Ltd (XCMG), termasuk pengeluaran 100 trak perlombongan elektrik tanpa pemandu pertama di dunia, yang menonjolkan ciri keefisienan tinggi dan jimat tenaga, selain kenderaan penyelamatan kecemasan “Iron Mantis” yang tahap kecekapannya luar biasa.
Penduduk Xuzhou juga amat bangga dengan prestasi pasukan bola sepak mereka di liga bandar-bandar provinsi Jiangsu. Liga tersebut menyemarakkan perasaan seluruh bandar terhadap bola sepak akar umbi, membolehkan pemain dan penduduk bersama-sama merealisasikan impian kesukanan mereka.
Diukir oleh aliran masa, Xuzhou kini sedang membuka lipatan sebuah tapestri yang hidup, dalam satu simfoni yang diwarnai sejarah dan masa kini.
- Yueyang, Kota Sejarah dan Puisi
- Tayangan Perdana Dokumentari Mempromosi Anyang oleh People's Daily Online
- Anyang, Bandar Bersejarah Lagi Berpotensi
- Cangzhou: Bandar Wushu Bersejarah yang Merasai Manfaat BRI
- Changchun: Bandar Automobil Kalis Masa Depan
- “Selamat Menonton Liga Bola Sepak Bandar Jiangsu!”- Xuzhou
- Pemupukan Reriang Emas Bawa Kekayaan ke Pekan Lulou
- Buluh, Potensinya Tak Terhingga
- Penternak Lepaskan Anak Benih Ketam ke Dalam Kolam di Gaochun
- Aktiviti Tangkap Ikan Musim Sejuk Bawa Keseronokan di Jiangsu
- Terusan Ribuan Tahun
- Yangzhou – Mutiara Berkilauan di Terusan Besar
- Sediakan Kuisin Huaiyang dalam 100 Saat!